Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 18, 2024 @ 7:15pm

[VIDEO] Berkawan Sejak Berusia 19 Tahun, Zarina Anjoulie Anggap Bekas Suami Nora Danish Sebagai Abang – “Nedim Bukan Jenis Lepas Cerai Cari Perempuan Lain”

Pelakon, Zarina Anjoulie tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya yang telah meluahkan rasa rindu kepada bekas suami aktres, Nora Danish iaitu Nedim Nazri.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata dia dan Nedim sudah lama saling mengenali, malah hubungan mereka juga dikatakan seperti adik-beradik.

Namun begitu, persahabatan mereka terputus selepas Nedim bergelar suami.

“Kami dah berkawan sejak berumur 19 tahun lagi, tapi hubungan kami sekadar abang dan adik.

“Tapi kami berhenti berkawan sebab Nedim orangnya begitu, lepas kahwin memang dia akan putus hubungan bagi menghormati isteri dia.

“Tambahan pula, saya seorang janda jadi macam tak manis kalau nak berkawan dengan suami orang,” katanya.

Zarina Anjoulie

Sementara itu, Anju berkata persahabatan mereka kembali bertaut selepas Nedim bercerai dengan Nora Danish, namun selebriti ini menegaskan hubungan mereka hanya sekadar adik abang.

“Selepas dah bercerai kami berhubung semula macam abang dan adik, tapi hubungan kami tak lebih dari itu.

“Nedim adalah seorang yang baik, dia bukan jenis yang lepas cerai sibuk nak cari perempuan.

“Kalau dia sayang satu perempuan, dia akan saya orang tu sahaja, dan saya tahu dia sayangkan Nora, dan saya pun saya hormati mereka,” jelasnya.

Sebelum ini, Nora mengakui tidak terkesan terhadap komen Anju kepada bekas suaminya itu.

Sekadar info, Nora dan Nedim sah bercerai talak satu pada 16 Jun lalu selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayal, 6.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Rindu Boss Ned, Ini Respons Nora Danish – “Saya Tak Mempunyai Sebarang Masalah Kerana…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Aug 2022

Lepas Akaun TikTok Manchester United Guna Sound, Kini Ryan Bakery Terima ‘Bluetick’ Pula!

Semart wooo 👏 Tahniah budak bedak! Teruskan berkarya🔥

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Thu, 28 Nov 2024
Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Jenis Nak Bagi Tahu Satu Dunia Dia Suka…” – Panggil Anna Jobling ‘Yang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen?

Agaknya selalu sangat Meerqeen dengan Anna Jobling sweet sampai bersemut timeline netizen tu 🤣 Jealous kott 🤭🥵

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

《欢喜第1等》总决赛708 云顶云星剧场引爆!

历经5个月的鏖战《欢喜第1等》5强歌手出炉,黄威尔、田育慈、胡缋颐、张引山以及Gary徐梽豪随即迎来总决赛,展开属于王者的终极对决!

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Nadzmi Adhwa Bawa Diri Sebab Tak Ada Job?

Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, dia percaya, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik untuk dirinya dan kariernya sebagai anak seni.

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Sat, 13 Dec 2025

Haiza Tak Sangka Bawa Balik Trofi Penyampai Radio Popular ABPBH37, Janji Tunai Manifesto ‘Korban’ Lembu

“Doakan ya ada rezeki kita akan berkumpul ramai-ramai untuk kenduri rakyat nanti” – Haiza

Contest Tue, 21 May 2019

xtra好康头 | 送你《郑伊健演唱会-云顶站》入门票

xtra好康头 送你《郑伊健演唱会》入门票,让你和这位香港超级巨星一起唱响云顶!

error: Content is protected !!