Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 17, 2024 @ 8:12pm

[VIDEO] Zarina Anjoulie Rindu Boss Ned, Ini Respons Nora Danish – “Saya Tak Mempunyai Sebarang Masalah Kerana…”

Pelakon cantik, Nora Danish menyifatkan ucapan ‘I miss you’ aktres Zarina Anjoulie kepada bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sekadar luahan rindu seorang teman.

Menurut Nora, Zarina yang mesra dikenali dengan nama Anju dan Nedim sudah lama mengenali dan menjalinkan persahabatan.

Sudah tidak mempunyai kaitan dengan bekas suaminya, pelakon sitkom Puteri ini juga tidak kisah sekiranya Anju dan Nedim mempunyai hubungan lebih daripada seorang sahabat.

Nora Danish tak ada masalah.

“Saya tak ada masalah dengan perkara terbabit. Saya percaya mereka memang sudah berkawan lama, malah lebih lama sebelum Nedim bersama saya lagi. Mereka seperti sahabat baik. Saya juga tak mempunyai sebarang masalah kerana hubungan Anju dan saya baik-baik sahaja.

“Jadi apabila Anju memuat naik hantaran seperti itu saya hanya menganggap ia hanya sebagai seorang kawan yang merindui sahabatnya. Lagi pun, pada waktu itu Nedim sedang sakit. Tapi, sekiranya mereka nak lebih daripada berkawan pun, saya tidak kisah. Saya sudah tak ada hubungan dengan bekas suami,” katanya ketika ditemui di sidang media drama bersiri Perang Nasi Dagang pada Selasa.

Memberi respons mengenai hantaran Instagram Stories yang dimuat naik mengenai tuduhan masih serumah dengan Nedim, Nora menjelaskan dia kurang senang dengan dakwaan terbabit.

Kurang senang dengan tuduhan masih serumah dengan bekas suami.

“Sebenarnya, saya kurang senang apabila ada pihak menuduh saya masih tinggal sebumbung dengan bekas suami. Saya hanya menjaga Nedim ketika berada di hospital, namun apa yang lebih dikesali dakwaan tinggal sebumbung itu dibuat oleh rakan-rakannya sendiri.

“Saya terima mesej terlalu banyak. Apa yang buat saya kesal mereka dalam kalangan rakan-rakan saya. Mungkin mereka fikir masa Nedim sakit kami baru bercerai. Kami pun bercerai cara baik, jadi bila dia sakit saya jaga dia. Saya sudah lama bersama Nedim, jadi kami sudah biasa. Bila saya menjaga Nedim di hospital mungkin mereka fikir saya sudah kembali bersama Nedim.

“Sebab itu saya terpaksa mengeluarkan kenyataan terbabit di Instagram Stories untuk memberitahu kami tidak tinggal sebumbung. Ramai juga orang beritahu saya, mereka nampak Nedim dengan wanita lain. Saya cakap kenapa kena bagi tahu saya?

“Ramai juga yang mendoakan supaya saya kembali dengan Nedim semula. Tapi apa yang saya boleh katakan buat masa sekarang, kembali bersama bekas suami bukanlah apa saya fikirkan. Saya kini hanya mahu tumpuan kepada diri sendiri serta penghijrahan saya,” katanya.

Terdahulu, Nora memberitahu dia tidak lagi mencampuri urusan peribadi bekas suami termasuklah dakwaan dilihat bersama wanita lain serta memohon orang ramai tidak lagi bercerita kepdanya mengenai kehidupan Nedim.

Untuk rekod, Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 16 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan berpisah pada 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Rayqal, 15 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Sajat Sudah Berani Tunjuk Te***?

Amboii,, Sajat berani betul tunjuk aset dekat peminat kan?

Trending Sun, 27 Jun 2021
Featured Fri, 24 Mar 2023

Turut Berduka, Ammar Alfian Harap Syamsul, Aaron Aziz Berdamai – “Tak Perlu Gaduh Berbalas Aib”

Hmm tula min pun harap Aaron dengan Syamsul dapat settle baik baik 💪🏻

Events Tue, 8 Jan 2019

#cnysohappy Tik Tok挑战!一起跳手势舞赢奖品

呼叫Tik Tok达人们~ 赶快参与「#cnysohappy Tik Tok挑战」赢取丰富奖品,且还有机会出现在八度空间脸书哟!

Trending Thu, 25 Aug 2022

Cecah RM100,000! Vespa Dior Milik Nabila Razali Jadi Tumpuan

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi menjadi bualan netizen apabila muat naiknya mencuri perhatian apabila dikatakan telah membeli sebuah Vespa 946 Dior. Menerusi perkongsian Nabila di laman Instagram, dia memuat naik beberapa keping foto […]

Featured Wed, 17 Nov 2021

“Hari-Hari Tanpa Jemu Abah Tunggu Kat Office Nak Lunch Sekali” – Netizen Puji Tindakan Wanita Luangkan Masa ‘Lunch’ Bersama Ayah

Sebuah klip video memaparkan seorang ayah yang sanggup datang ke pejabat anaknya setiap hari untuk makan tengah hari bersama viral di laman TikTok. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @triplea201911, berkongsi tentang […]

Featured Wed, 30 Nov 2022

Jaga Aurat Isteri, Aeril Zafrel Dipuji Warganet – “Kita Ini Meniaga Jangan Tunjuk Aurat”

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kembali tular di media sosial kerana aksi mereka yang berjaya meraih perhatian netizen. @kakmid8803 Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je […]

error: Content is protected !!