Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 20, 2023 @ 9:43am

Rakam Semula Lagu Popular Siti Sarah ‘Saat Hilang Cintamu’, Aufahanie Sedia Dibandingkan Dengan Arwah

Penyanyi Aufahanie sudah bersedia jika ada warganet yang bakal membandingkan cara nyanyiannya dengan Allahyarham Siti Sarah.

Menyanyikan semula lagu hit Sarah, Saat Hilang Cintamu ciptaan Ajai, Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 20, mengaku isteri kepada pelawak Shuib itu merupakan seorang vokalis hebat dan tidak kisah jika ada yang membandingkan mereka.

“Saya dah bersedia. Sudah pasti saya rasa pasti ada yang membandingkan, lebih-lebih lagi ini merupakan lagu hit arwah.

“Saya juga bersetuju jika ada pihak berasakan nyanyian arwah jauh lebih baik berbanding cara saya menyampaikan Saat Hilang Cintamu.

“Saya sendiri menjadikan arwah sebagai idola, dia seorang penyanyi hebat dan dijadikan rujukan ketika membuat persembahan pentas. Cuma, saya harap penyampaian saya dalam lagu ini diterima baik,” katanya.

Tambah Aufa, peluang yang diberikan untuk merakam semula karya tersebut disambut dengan baik.

“Memang ini merupakan satu penghormatan buat saya apabila dapat kembali ke studio dan merakamkan semula lagu berkenaan. Menariknya, susunan muzik kali ini lebih ‘segar dan besar’ membuatkan lagu ini ada keistimewaan tersendiri.

“Selain itu, saya menganggap ini merupakan satu penghormatan kepada orang baru seperti saya untuk bekerjasama dengan komposer hebat dan ternama seperti Ajai. Setidaknya saya berpeluang ingin menunjukkan sesuatu kepada pendengar menerusi Saat Hilang Cintamu,” kata.

Dalam pada itu, menurut Ajai selalu komposer, dia mahu melakukan sesuatu yang lebih besar dan mahu Aufa merakamkan semula Saat Hilang Cintamu versi orkestra dan melancarkan lagu tersebut secara rasmi di semua platform digital.

“Untuk menjadi seorang penyanyi yang baik, mereka perlu mempunyai ilmu dalam beberapa aspek untuk menghidupkan lagu. Saya melihat Aufa ada ciri-ciri yang diperlukan dan tidak mustahil untuk dia menjadi lebih ‘besar’ pada masa hadapan.

“Aufa bukan sahaja tahu tentang teknikal untuk menyanyi tetapi juga dia berjaya menghidupkan semula Saat Hilang Cintamu dengan versi sendiri tanpa mengikut cara arwah menyanyi.

“Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua mampu menjadi penyanyi yang baik. Saya yakin sekiranya dia berada di landasan yang betul, dia akan menjadi penyanyi yang evergreen pada masa hadapan,” tambah Ajai.

Untuk rekod, Saat Hilang Cintamu merupakan salah satu lagu yang termuat dalam album
Mimpi Pun Sama yang dikeluarkan Siti Sarah pada 2003. Lagu ini dicipta oleh Ajai dan lirik
pula ditulis oleh Musrad.

Untuk versi Aufahanie pula, Indigital Music bekerjasama dengan Wake The Baby Records
sebagai penerbit bersama dan lagu ini dilancarkan secara rasmi pada 17 November 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 12 Mar 2019

’Nak Nampak Serasi Dalam Drama Tak Perlulah Sampai…’- Ayda Jebat

Jangan lupa saksikan drama Asalkan Dia Bahagia bermula jam 7 malam setiap Isnin-Khamis hanya di TV3!

Events Tue, 18 Jun 2019

张顺源认脾气暴躁!与老婆自立门户拼事业

张顺源认是一名脾气暴躁的老板!与老婆自立门户拼事业,笑称“她竟然可以忍受我的脾气。”

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Johan Mengaku Silap?

Kesian Johan..

Hiburan Fri, 8 May 2026

Awie ‘Berkurung’ Di Studio Tiga Bulan Demi Konsert ‘Awie Rock King – Last Man Standing’, Risau Faktor Kesihatan Jejaskan Persembahan

Awie mendedahkan proses perbincangan bagi merealisasikan konsert tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan

Featured Wed, 30 Oct 2024

Bakal Keluar Single, Ira Kazar Tak Kisah Dikecam… Terguris Bila Bapa ‘Diserang’ Netizen

Siapa je suka ahli keluarga lebih lagi mak ayah terpalit gosip panas pastu kena kecam kan? 😎

Hiburan Tue, 16 Jan 2024

Pelakon Berbadan Besar Hanya Boleh Melawak? Syanie Minta Pengarah Buang Stereotaip, Beri Peluang Bawa Watak Serius

Min setuju dengan kak Syanie! Pengarah perlu ubah mindset macam ni…lagipun saiz badan bukan kayu ukur bagi bakat seseorang.

error: Content is protected !!