Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 30, 2023 @ 1:03pm

Dapat Tawaran Menyanyi Sewaktu Belajar, Sufian Suhaimi Masih Berhasrat Nak Jadi Pensyarah

Penyanyi Sufian Suhaimi memberitahu cita-cita asalnya adalah untuk menjadi seorang pensyarah sebelum bergelar penyanyi.

Menurutnya, semasa menyambung pengajian sarjana (Master), lagu ciptaannya diterima baik oleh pendengar membuatkan dirinya fokus ke bidang nyanyian.

“Sebenarnya nak jadi lecturer tu memang cita-cita asal sebelum masuk dalam bidang nyanyian sebab tu saya sambung Master dekat UiTM.

“Tapi masa sambung Master tu dapat tawaran untuk keluarkan lagu dan Alhamdulillah lagu disambut baik dan lagu-lagu ciptaan team saya pun disambut baik,” katanya.

Selain itu, pelantun lagu Di Matamu pernah ini juga pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan malah masih mengimpikan untuk menjadi seorang pensyarah.

“Jadi cita-cita tu bukan nak kata tak jadi sebab angan-angan nak jadi lecturer tu masih ada mungkin bukan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah kalau saya dah lama dalam industri lepas itu nak masuk dalam bidang pendidikan pula tidak mustahil akan berlaku.

“Sebelum ini saya pernah mengajar di sekolah-sekolah harian, di Politeknik sekejap dan saya minat nak mengajar bidang komunikasi,” ujarnya.

Mengulas tentang menyambung pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD), dia ada terima tajaan namun menolak kerana mahu fokus ke bidang nyanyian terlebih dahulu.

“Saya ada dapat tawaran dan sponsor untuk sambung PhD cuma saya takut apa yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran jadi lebih baik fokus satu persatu dulu.

“Buat masa ini, PhD bukan keutamaan saya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

ZUL ARIFFIN ‘HADIAH’ ULANG TAHUN LOFA?

Mungkinkah fenomena #Lofattah bakal berulang kembali?

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Betul Ke Pasya Dan Zaim ‘Anak Emas’ Mentor 7?

Betul lah, min rasa pun pasya dan zaim asyik dapat lagu yang sesuai dengan vokal diorang je kan?

Featured Tue, 21 Apr 2020
Contest Tue, 29 Oct 2019

#JommenangXtra : Dapatkan 12 Tiket Percuma Train To Busan Dan Rasai Pengalaman Menyeramkan Di sana!

Jom sertai #JommenangXtra sekarang! Dan menangi tiket Train To Busan!

Hiburan Thu, 29 May 2025
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Jejak Kasih! Ini Reaksi Siti Nurhaliza Bila Jumpa Anak Angkat, Oddah Anak Sharifah Shahirah

Sempoi lah Oddah ni! Gelisah dia nak jumpa Mummy Siti Nurhaliza 🤭

Trending Mon, 27 Jul 2020

13 Kes Baharu Covid-19 Dan 1 Kematian Dicatatkan

Pertambahan kes semakin membimbangkan gais!

error: Content is protected !!