Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 13, 2025 @ 12:50am

Haiza Tak Sangka Bawa Balik Trofi Penyampai Radio Popular ABPBH37, Janji Tunai Manifesto ‘Korban’ Lembu

“Demi Allah saya sebenarnya tidak menyangka anugerah ini untuk saya”.

Demikian luahan penyanyi dan penyampai radio Kool FM, Haiza sebaik dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37 pada Jumaat.

Kata Haiza atau nama lengkapnya, Rohaizah Nordin, dia tidak menyangka akan memenangi anugerah berprestij tersebut selepas lebih tiga dekad dalam industri.

“Demi Allah saya sebenarnya tidak menyangka anugerah ini untuk saya kerana ada lagi yang lebih layak dalam calon Top 5 tadi.

“Saya memang tak tahu nk cakap apa. Yang saya nak bagitahu pertama sekali adalah terima kasih kepada KoolFM, macam-macam

kempen yang mereka buat,” katanya.

Malah, dia juga mendedahkan, pernah meminta peminatnya untuk ‘berhenti’ mengundi gara-gara tidak mahu mereka berhabis wang ringgit demi sesuatu yang tidak mendatangkan hasil.

Bagaimanapun, dia bersyukur dan yakin kemenangan yang diraih di ABPBH 37 adalah rezeki yang telah ditetapkan Tuhan untuknya.

“Saya ada bagitahu pada fans supaya stop the kempen sebab takut apa yang mereka berhabis (wang ringgit) tak mendatangkan hasil.

“Dan keputusan malam ini yang saya yakin sebenarnya kalau Allah kata saya punya maka ini adalah saya punya.

“Dan kemenangan ini bukan saya punya seorang tapi untuk peminat, keluarga dan keluarga saya di Kool FM.

“Dan inshaa-Allah tahun depan adalah genap 10 tahun saya dalam industri dan anugerah ini adalah untuk Kool FM, peminat, keluarga dan media. Terima kasih,” jelasnya.

Disoal mengenai  manifesto untuk mengorbankan lembu jika dinobatkan sebagai pemenang, pelantun lagu Dag Dig Dug itu berjanji akan menunaikan permintaan peminat.

“Sebenarnya manifesto itu adalah gurauan sahaja… saya bercakap secara spontan sahaja. 

“Waktu tu kita buat  kempen so, biasalah orang berkempen kan?

“Inshaa-Allah doakan ya ada rezeki kita akan berkumpul ramai-ramai untuk kenduri rakyat nanti.

“Inshaa-Allah saya akan tunaikan,” ujarnya.

ABPBH 37 diharumkan oleh Daia, jenama penjagaan cucian terkenal manakala kafe gaya Eropah, DOME Cafe sebagai Rakan Bersama ABPBH 37.

Malam kemuncak ABPBH 37 disiarkan secara langsung TV3 dari Hotel Premiera Kuala Lumpur, di sini. ABPBH 37 bertemakan SATU Keunggulan juga boleh distrim melalui Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 26 Jun 2020

Pusat Tuisyen, Sekolah Pendidikan Khas Dan Institusi Swasta Kini Dibenarkan Beroperasi

Ambil perhatian buat semua pelajar pusat tuisyen dan pelajar swasta!

Trending Mon, 28 Dec 2020

Adira Suhaimi Kembali Dengan Single Terbaru!

Mesti best! Tak sabar nak dengar????

Hiburan Tue, 29 Jul 2025

“Bukan Beli, Adik Ipar Banyak Buat Pembangunan” – Uqasha Bangga Nelydia Senrose Jadi Datin

Uqasha Senrose perjelas adik ipar ada darah kerabat Terengganu

familuv Mon, 11 May 2020
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Sun, 7 May 2023

Dikritik Hina B40, Ryzal Ibrahim Takkan Mohon Maaf! Minta Netizen Sedar Diri – “Ramai B40 Nganjing T20, Ok Je..”

“Simple content. Sedar diri.. Jangan dah hujung bulan pinjam duit orang tak bayar” – Ryzal Ibrahim

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Siapa Bakal Bergelar Juara Mentor 7 Malam Ini?

Selepas lapan minggu bersiaran, ternyata empat protege ini antara nama yang disebut sejak awal lagi akan mara ke final.

error: Content is protected !!