Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 15, 2024 @ 1:52pm

Along Cham Direman 5 Hari, Disyaki Miliki Ganja

Pelawak dan pelakon, Along Cham direman selama lima hari selepas disyaki memiliki dua paket jenis dadah.

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan selebriti lelaki berusia 41 tahun yang ditangkap sebelum ini adalah pelawak tersebut.

“Permohonan ke atas suspek dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Sebelum ini, Norhizam berkata, artis itu ditahan ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ibu Pejabat Polis Darah Sepang kira-kira jam 3.10 petang di kediamannya di Cyberjaya.

“Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua peket plastik lutsinar, yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

“Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Feb 2018

LANGKAWI SKYCAB BEROPERASI SEMULA, 3000 PENGUNJUNG BERATUR BELI TIKET

Difahamkan, tiada pelancong yang membatalkan rancangan mereka untuk menaiki kereta kabel ini, yang dikendalikan Panorama Langkawi, sebuah anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Trending Tue, 26 Jan 2021

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Beri Kata Semangat Buat ‘Frontliners’

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menerusi satu hantaran di laman Facebook baginda menzahirkan kata-kaat semangat buat petugas perubatan di semua hospital di negeri tersebut. Kata-kaat […]

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

#tontonRAISHA2 : Fadlan Hazim Dedah Watak Pengarah Playboy Memang Benar Wujud

Watak Rashdan dalam drama Raisha 2 sebenarnya benar-benar wujud di luar sana. Kata pelakon berusia 26 tahun ini, dia pernah mengenali seorang pengarah yang ‘miang’ orangnya. Dengarnya, suka ‘menghimpit’ pelakon-pelakon wanita berdahi licin. Siapa agaknya orang itu ya? hehe

Featured Fri, 17 Jan 2025

“Cukuplah Buat Cerita!” – Netizen Lagakan Dengan Rita Rudaini, Zaquan Adha Bidas Pihak Tak Bertanggungjawab

Suami kepada aktres Ayu Raudhah itu berkongsi tangkap layar posting berkenaan

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Famili Duo 3: Pecah Rekod! Empat Duo Berjaya ‘Sapu’ Perfect 10 Pada Minggu Keenam

Persaingan semakin sengit! Jangan lupa saksikan separuh akhir FD3 Ahad ni tau

Featured Sat, 10 May 2025

“Benda Mendatangkan Fitnah! Kalau Kau Tak Datang Minta Maaf, Jumpa Di Akhirat” – Khai Bahar

“Itu urusan kita dengan Tuhan, buat apa nak buka aib” -Khai

error: Content is protected !!