Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 21, 2023 @ 6:45pm

Famili Duo 3: Pecah Rekod! Empat Duo Berjaya ‘Sapu’ Perfect 10 Pada Minggu Keenam

Konsert Famili Duo musim ketiga minggu keenam yang bertemakan ‘retro 60s & 70s’ mencipta rekod apabila empat duo menerima markah ‘perfect 10’!

Malah, juri tetap Ajai turut memberikan komen pujian kepada semua peserta tentang persembahan hebat mereka pada malam itu dan kini, kedudukan semakin sengit untuk menempah tempat di pentas akhir Famili Duo 2023.

Antara peserta duo yang berjaya memenangi hati juri dengan markah penuh ialah Sharif & Syaiful Zero, Tom & Fuad Rahman, Adira & Emma Suhaimi dan Syahir & Shila Amzah.

Walaupun duo sepupu Haqiem Rusli & Ariff Bahran tidak diberikan markah ‘perfect 10’, tetapi mereka masih mengekalkan kedudukan mereka di tempat kedua pada carta keseluruhan Famili Duo 2023.

“Sekarang ni kami masih di tempat kedua di carta keseluruhan, tapi itu bukan bermakna kami selesa dengan kedudukan itu.

“Markah tu apa-apa pun boleh jadi pada minggu hadapan, macam apa yang kami nampak minggu ini persembahan yang diberi peserta ‘underdog’ lain telah meraih markah perfect 10.

“Jadi kami kena terus bekerja keras untuk minggu dan tema seterusnya. Kami sedar minggu depan adalah penentu untuk mara ke pentas finale Famili Duo,” jelas Haqiem Rusli.

Dalam pada itu, Ariff Bahran memberitahu mereka tidak mahu selesa dengan kedudukan sekarang dan akan berusaha lebih keras untuk menjadi yang terbaik.

“Minggu depan kita diberi cabaran tema ‘hip hop / dance’ yang bukan genre kebiasaan kami. Sebenarnya kebanyakan genre dalam Famili Duo ni bukan ‘makanan’ kami, jadi kami cuba untuk tidak terlalu selesa dengan kedudukan markah setiap minggu.

“Jadi, kami tahu perlu beri seratus peratus pada setiap minggu, sebab kami sendiri tak pernah buat sketsa, lawak atau berlakon di pentas persembahan. Ini kali pertama kami perlu lebih kreatif untuk menyampaikan konsep dalam nyanyian, jadi kami akan terus memerah idea dan memberi persembahan sehabis baik untuk mengejar markah seperti sebelum ini,” ujarnya.

Manakala bagi duo suami isteri Tom & Fuad Rahman dengan persembahan Janji Tetap Janji & Rahsiamu Rahsiaku berjaya mengatasi pasangan duo yang lain dan menduduki tangga kedua selepas membina momentum selama enam minggu bertanding.

Berikut adalah kedudukan persembahan di minggu keenam #FamiliDuo:

  1. Sharif & Syaiful Zero – 71.3%
  2. Tom & Fuad Rahman – 62.9%
  3. Adira & Emma Suhaimi – 62.8%
  4. Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 47.7%
  5. Shila Amzah & Syahir – 45.9%
  6. Ryan & Adam Bakery – 45.4%

Konsert seterusnya merupakan pentas separuh akhir yang akan menentukan siapa layak untuk ke final Famili Duo 2023! Dapatkah kesemua duo peserta membuat pecutan mengejar markah terakhir mereka dengan tema ‘hip hop / dance’?

Nantikan pentas persembahan Famili Duo 3 seterusnya pada 26 November 2023, pukul 9.00 malam di TV3 dan di aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 3 Jul 2021

Rentas Negeri Untuk Pasangan PJJ Dibenarkan Di 5 Negeri Ini Bermula..

Fasa ke 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan mula berkuatkuasa 5 Julai ini melibatkan lima buah negeri. Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini, beliau […]

Hiburan Mon, 1 Apr 2024

Ada Terima Mesej Wanita Tawar Jadi Madu, Elizad Reda Sekiranya Suami Nak Kahwin Lain Demi Anak

Kuat semangat Elizad, semoga ada rezeki timang cahaya mata ❤️😢

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Usia Kandungan Hampir Cecah 38 Minggu, Mia Ahmad Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad berkongsi perjalanan kehamilan anak ketiganya di laman Instagram, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Mia memberitahu bahawa usia kandungannya hampir mencecah 38 minggu dan kini dia berasa letih serta resah. Disebabkan oleh […]

Featured Tue, 17 Dec 2024
Drama Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Malam Berinai Izara Aishah Tema Bollywood

Malam berinai Izara Aishah tema bollywood meriah dan dikongsikan oleh Datuk Siti Nurhaliza sendiri di Instagram nya

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam. Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian […]

error: Content is protected !!