Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 1, 2024 @ 12:00pm

Lebih Fresh! Fly FM Tampil Kelainan, Ketengah DJ Radio Ikonik Dalam ‘EH! It’s Ean & Haniff On The Fly Breakfast’

Stesen radio berbahasa Inggeris terkemuka Fly FM tampil dengan kelainan apabila memilih dua penyampai radio ikonik Malaysia iaitu, Ean dan Haniff.

Pasangan ini juga difahamkan akan mengetuai barisan penyampai radio terbaik Malaysia termasuk perubahan yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk Haniff, yang beralih dari stesen berbahasa Melayu ke stesen berbahasa Inggeris.

Selain itu, kedua-dua penyampai radio ini akan mengendalikan rancangan pagi terbaharu di Fly FM  yang dikenali sebagai, “EH! It’s Ean and Haniff On The Fly Breakfast.”

Selain itu, gabungan duo ini akan membawa tenaga, kepintaran dan keseronokan yang lebih ‘fresh’ buat peminat Fly FM terutamanya bagi mewujudkan rancangan radio pagi yang lebih menarik dan berkaitan dengan perkembangan semasa di Malaysia.

‘Pulang’ semula ke FLY FM

Mengulas lanjut, Ean atau nama penuhnya, Tengku Mohd Ean Nasrun, 45,  berkata, ‘pulang’ semula ke Fly FM seperti pulang ke rumah sendiri dek kerana sentiasa tertarik dengan sentimen komuniti peribadi stesen radio ini  yang sentiasa mahu menyumbang kepada kesedaran sosial yang sejati.

“Menyertai Fly FM berasa seperti pulang ke rumah. Stesen radio ini mencerminkan sentimen komuniti dan peribadi saya dalam menunjukkan kesedaran sosial yang sejati. Saya tertarik dengan kempen mereka, seperti “24 Hours Of Hind’s Hal”, #MacklemoreInMalaysia, untuk mengajak artis pro-Palestin itu membuat persembahan di Malaysia serta bersama-sama dalam perarakkan dalam perhimpunan pro-Palestin di Bukit Bintang tempoh hari.

“Ini adalah sebab-sebab utama mengapa saya mahu sertai keluarga Fly FM dan menjadi sebahagian daripada hala tuju Fly FM untuk menjadi jenama radio berbahasa Inggeris yang paling sering diperkatakan masyarakat Malaysia,” katanya.

Cabaran buat Haniff

Dalam pada itu, Haniff Hamzah, 39, berkongsi, tindakannya berpindah dari stesen berbahasa Melayu ke stesen berbahasa Inggeris adalah sebagai langkah pencetus perubahan terbaharu selain ia merupakan langkah yang belum pernah terjadi dalam industri radio komersial Malaysia.

“Menyertai stesen radio berbahasa Inggeris adalah impian saya. Ini merupakan satu cabaran yang akan saya hadapi di Fly FM, sebuah stesen yang mengutamakan kandungan yang tidak mudah dilupakan dan berfokus kepada komuniti di Malaysia, sangat memberi inspirasi kepada saya,” kongsinya ringkas.

Jadi, kepada peminat setia FLY FM, jangan lepaskan peluang untuk mendengarkan “EH! It’s Ean and Haniff On The Fly Breakfast” pada setiap Isnin hingga Jumaat, 5 Ogos depan bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi untuk rancangan yang penuh dengan gelak ketawa, kejutan, dan kandungan yang lokal.

Sorotan segmen terbaharu yang boleh dinantikan termasuklah segmen ‘wake-up call’, dan ‘EH! Bangun Lah!’ yang bertujuan menambah sentuhan dramatik pada pagi pendengar serta ‘6 Degrees of Separation’ yang menghubungkan pendengar dengan personaliti antarabangsa terbesar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Rahsia Petua Gabungan Penyanyi Berbilang Bangsa di Malaysia

Wah, sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Ibu Sheila Mambo Meninggal Dunia, Al- Fatihah…

Pelakon berusia 56 tahun ini turut memohon agar Allah SWT menempatkan roh ibunya bersama golongan para syuhadah.

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Kenapa Iqram Dinzly Nafi Berkelakuan Pelik

”Saya ‘Enjoy’ Kehidupan Sekarang. Saya Tak Kacau Orang Pun”, Iqram Dinzly Nafi Berkelakuan Pelik Kerana Tertekan Bapa Meninggal

Featured Fri, 30 Sep 2022

Sering Terima ‘Mesej Layang’ Gara-Gara Kongsi Foto Bersama Lelaki, Ashira Akui Masih Sedar Diri -“Jujur Itu ‘Crush’ Saya…”

Selepas berita mengenai perceraiannya bersama penyanyi, Bad Indigo mengejutkan ramai pihak, penyanyi Ashira Aziz mendedahkan dirinya sering menerima mesej layang apatah lagi baru-baru ini dia ada memuat naik foto bersama bekas kekasih. Menerusi hantaran yang […]

Trending Mon, 13 Sep 2021
error: Content is protected !!