Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 25, 2023 @ 8:05am

Rahsia Petua Gabungan Penyanyi Berbilang Bangsa di Malaysia

Bersesuaian dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, sebuah lagu berjudul Rahsia Petua yang mencerminkan keindahan budaya dan perpaduan bangsa Malaysia dilancarkan.

Lebih menarik lagi, lagu ini turut menampilkan penyanyi daripada pelbagai bangsa termasuklah Melayu, Cina, India, dan tidak terkecuali juga daripada etnik Sabah.

Lagu ini dinyanyikan oleh Kmy Kmo, Luca Sickta, Nicole Lai, Psychomantra serta Benzooloo dan muzik Rahsia Petua direka khas bagi mengetengahkan ekspresi melodi dan budaya, di samping menceritakan perpaduan bangsa di Malaysia.

Menurut Luca Sickta selaku pengarah muzik lagu ini, kesempurnaan hasil karya ini dibawakan oleh keunikan bakat daripada artis berbilang bangsa.

Rakaman Rahsia Petua dijalankan di beberapa lokasi terpilih seperti di Studio Kota Kinabalu bagi Benzooloo, Studio Mass Music di Petaling Jaya untuk Nicole Lai dan Psychomantra, serta Studio LS and Beats di Shah Alam bagi Kmy Kmo & Luca Sickta.

Bagi Nicole Lai dan Psychomantra, lagu ini merupakan lagu pertama yang dinyanyikan oleh mereka di dalam Bahasa Melayu. Semangat perpaduan yang ditonjolkan ini telah menghasilkan sebuah lagu yang menakjubkan hasilan tonasi melodi serta lirik yang menarik dan senang diingati oleh para pendengar.

Namun demikian, Psychomantra turut menghadapi cabaran ketika proses rakaman dijalankan, dimana bait bait bahasa yang ingin disampaikan harus diulangi untuk kesempurnaan produksi lagu ini.

Kmy Kmo, selaku pencipta dan penulis lirik lagu ini berpendapat bahawa melodi nyanyian yang dibawa oleh Nicole Lai digubah dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti kesesuaian korus, vokal dan kesinambungan lirik ke penyanyi seterusnya.

Di samping itu, muzik video hasil karyaan Cinemalaya ini, beberapa lokasi telah dipilih untuk penggambaran seperti di Kuala Lumpur dan Selangor iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad, Batu Caves dan Thean Hou Temple.

Manakala bagi Benzooloo, penyanyi tunggal dari Sabah pula, rakaman videonya dijalankan di Kundasang dan Kota Belud, Sabah. Lokasi tersebut mencerminkan keindahan suasana Gunung Kinabalu yang merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di Malaysia dan sekaligus menjadikan cinematografi visual dan tona warna lebih menarik serta menonjol.

Akhir sekali, Nicole Lai, satu-satunya penyanyi wanita serta berbangsa Cina di dalam lagu ini, berharap agar kata kata di dalam lagu ini dapat disampaikan dan dihayati oleh para pendengar.

Rahsia Petua boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan YouTube Music, sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Yazit Ahmad Buntu Cari Duit Biaya Kos Pembedahan Anak

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad buntu untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan pembedahan jantung anak keudanya, Shahmirnuri. Kata Yazit, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuklah menjual dua kereta kepunyaanya dan anak sebagai langkah […]

Featured Thu, 21 Nov 2024

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Heliza Helmi Terkejut… Mohon Doa Yang Terbaik

Pelakon, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi terkejut apabila ada pihak mendakwa rumah tangganya sedang berantakan.

Hiburan Wed, 4 Mar 2020
Featured Sat, 12 Oct 2024

Senario Sepakat Serah Trofi Kemenangan Pada Waris Arwah Hamdan – “Kami Memang Sudah Berniat”

Tahniah Kumpulan Senario! Moga terus menghiburkan kami semua❤️✌️

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

克里斯普瑞特童年照「撞脸鬼娃恰吉」

好莱坞男星克里斯普瑞特近日在IG上曝光一张童年照,与鬼娃恰吉撞脸了!而且连服装都100%神还原,笑翻众人。

Hiburan Wed, 25 May 2022

Aishah Gembira Solo, Tak Fikir Kahwin Lagi – “Kalau Ada Calon, Kena Dapat…”

Datuk Aishah gembira solo, tidak terfikir untuk kahwin lagi.

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Khai Bahar Ingat Kan Diri Sendiri?

Semoga rezeki Khai Bahar semakin murah hendaknya.

Hiburan Sun, 5 Jan 2020
error: Content is protected !!