Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 25, 2023 @ 4:32pm

[VIDEO] ”Mula-Mula Rasa Geram Dengan Mummy, Tapi…” – Isu Nyanyian Dihentam Juri, Ramai Netizen Tampil ‘Back Up’ Mas Idayu

Selepas kontroversi menimpa penyanyi Sissy Iman pada rancangan hiburan realiti Famili Duo yang berlangsung Ahad lepas, penyanyi popular, Mas Idayu juga turut menerima kecaman hebat dalam kalangan rakan artis mahupun netizen.

Bagaimanapun, Mas Idayu atau Mas Idayu Mesnun, 51, menegaskan, tindakannya itu bukanlah berbentuk serangan peribadi seperti yang didakwa segelintir pihak, melainkan dia ikhlas kerana mahu peserta mengambil perhatian untuk meningkatkan persembahan.

“Kenapa saya garang? Saya mahu peserta ambil perhatian untuk tingkatkan persembahan.

“Itu bukan serangan. Saya ikhlas, cuba fikir di situ. Saya juga jadi diri sendiri dan tidak perlukan pandangan orang lain. Setakat ini produksi Famili Duo dan TV3 tiada komen dari segi cara mahu pun penjurian saya,” katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA di TikTok milik individu yang dikenali sebagai @irwanvico, dia dilihat memuat naik semula persembahan kontroversi membabitkan Sissy dan Naim Daniel pada minggu keenam sehingga rata-rata dalam kalangan netizen menukar persepsi mereka dan bersetuju dengan kritikan yang diberikan oleh pelantun lagu Robek Hatiku itu.

Bahkan, ada diantara mereka yang menganggap lagu Jampi nyanyian asal penyanyi, Hael Husaini itu tidak sesuai dinyanyikan pasangan ini terutamanya dalam versi keroncong.

 

Terdahulu, dalam persaingan minggu keenam, Sissy menerima kritikan hebat daripada juri, Mas Idayu sehinggakan dia terpaksa membatalkan pelancaran album terbaharunya yang dijadualkan akan berlangsung pada minggu hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

 

Untuk rekod, pada minggu keenam pasangan tersebut meraih tempat keenam dengan mengutip markah sebanyak 48.7.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, rancangan Famili Duo membariskan  tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022

Nyanyi ‘I Believe I Can Fly’ Atas Awan, Netizen Puji Tahap Keberanian Daiyan Trisha – “She Is So Brave!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menaiki luncur layar (paragliding) di Switzerland sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Daiyan sedang menikmati permandangan di atas awan sambil menyanyi sebuah lagu […]

Featured Sat, 19 Mar 2022
Hiburan Thu, 7 Feb 2019
Trending Tue, 14 Dec 2021

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa!

Peminat-peminat tegar drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini. Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal […]

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Bekas Kekasih Harap Justin Bieber Cepat Kahwin?

Aik, kenapa pula ni? Penyanyi Selena Gomez yang sudah ‘masak’ dengan sikap Justin Bieber memberitahu dia amat berharap Justin berkahwin secepat mungkin.

Events Sun, 8 Jul 2018

EXO Brought the Roof Down in Axiata Stadium Last Night

Nothing beats watching our favourite artists live.

error: Content is protected !!