Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 1, 2022 @ 2:05pm

Selamat Lahirkan ‘Baby Merdeka’, Mona Allen Mohon Maaf Tak Sempat Balas DM

Pasangan pelakon Mona Allen dan Pekin Ibrahim telah berkongsi sebuah berita gembira di Insta Story semalam.

Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza, 37, memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan putera sulungnya pada 2.39 pagi di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan.

Lebih mengujakan, pelakon Dear Cinta itu berkongsi bahawa anak sulungnya itu dilahirkan pada hari kemerdekaan dan digelar sebagai ‘Bayi Merdeka’.

Sehubungan itu, Mona meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan dirinya dan bayi.

Dia turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan dan mesej kerana terlalu ramai yang menghubunginya sehinggakan ada yang terlepas pandang.

Terdahulu, pasangan selebriti tersebut telah berkongsi jantina anak yang dikandung dalam sebuah majlis pengumuman jantina di akaun Instagramnya.

Untuk info, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jun 2019
Hiburan Wed, 1 Sep 2021

31 Anak Seni Bangkit Bersatu Dalam Kempen #RISEandUNITE

#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa […]

Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Trending Tue, 24 Dec 2019

62 Plaza Tol Mula Guna RFID Bermula 1 Januari 2020

Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan dalam satu kenyataan media mengenai Radio Frequency Indentification (RFID) bakal dilaksanakan pada 1 Januari 2020. Menurut kenyataan rasmi yang dimuat di media sosial tersebut, RFID terbuka untuk kenderaan kelas 1 […]

Featured Mon, 18 May 2020

Atuk segak, cucu comel bergaya

Kedua-duanya untung ada pereka dalaman

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Sajat Takut Jumpa Wartawan?

Nampaknya majlis pelancaran Nur Sajat Rated Xtra ni turut mendapat perhatian para media. Mungkin inilah sebabnya Sajat takut kerana, beliau bakal ‘diserang’ dengan soalan-soalan panas oleh wartawan tempatan kita

error: Content is protected !!