Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 23, 2022 @ 8:11pm

“Kami Kongsikan Berita ini Lepas Tempoh Edah Berakhir…”- Selepas 25 Tahun, Afdlin Shauki Sah Bercerai

Pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Afdlin Shauki memaklumkan dia dan isterinya, Datin Maria Christina Orow Abdullah sah bercerai pada April lalu.

Perkongsian itu dibuat menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram milik bekas isteri beliau pada Jumaat.

Menurutnya, apa yang dikongsikan itu adalah pendapat mereka berhubung perceraian yang berlaku.

“Apa yang bekas isteri saya tulis di Instagram itu adalah selengkap-lengkapnya pandangan kami berdua mengenai isu kami.” katanya.

Malah, keputusan itu juga dibuat pada April lalu iaitu beberapa bulan sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25.

“Keputusan itu dibuat kerana ia tidak dapat dielakkan lagi. Kami tidak melihat keputusan ini memusnahkan hubungan kami. Kami kongsikan berita ini selepas tiga bulan tempoh edah berakhir.

“Kehidupan kami masih lagi melalui haluan yang sama, melihat keluarga dan anak-anak kami membesar. Mereka mula menggalas tanggungjawab di atas bahu mereka sendiri dan pada masa sama kami bekerjasama dalam satu pasukan dan membina syarikat kami.

“Perlahan-lahan, akan ada haluan berbeza dalam kehidupan harian kami sebagaimana kami sudah putuskan mengikut kehendak masing-masing,” katanya.

 

Difahamkan, sejak pandemik Covid-19 melanda, beberapa perubahan berlaku dalam kehidupan mereka suami isteri.

“Ketika pandemik Covid-19 melanda, kehidupan saya berubah menjadi introspektif dan lebih teliti manakala kehidupannya pula berlawanan dan membabitkan banyak benda. Apabila kehidupan kembali normal tahun ini dan ada isu yang timbul, nampaknya kami tak dapat teruskan kehidupan tanpa sikap kompromi.

“Dalam erti kata lain, kami merasakan bahawa kompromi itu tidak lagi diperlukan seandainya kami sudah tidak sehaluan dan inginkan yang terbaik untuk kehidupan satu sama lain,”jelasnya.

 

Bagaimanapun, dia dan Afdlin akan tetap menyokong satu sama lain seperti sebuah pasukan.

“Saya tahu, Afdlin akan terus menyokong saya sebagai sahabat dan begitu juga saya yang akan terus menyokongnya sebagai orang yang banyak mempengaruhi kehidupan saya. Harapan saya, semoga privasi saya dan anak-anak saya dihormati,” katanya.

Untuk rekod, Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chrisoro (@chrisoro)

 

Sumber: Harian Metro, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Trending Tue, 15 Dec 2020
Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Acara Fri, 10 Aug 2018
Hiburan Wed, 8 May 2019

Risau Dilabel Riak, Aaron Aziz Tegur Isteri, Anak-Anak

Dalam masa sama, pelakon filem Operasi X ini turut berpesan kepada isteri, Diyana Halik agar sentiasa berhati-hati sebelum memuatnaik sebarang gambar di Instagram.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

Sheila On 7 Konsert Kembali Pada 10 Februari 2018

Konsert itu bakal diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2018

Trending Sat, 24 Apr 2021
Hiburan Mon, 18 Aug 2025

Bukit Bintang Bergegar! Ajak Peminat Berdangdut, Ratusan Peminat Serbu Persembahan Haiza

Wow! Satu Bukit Bintang terhibur dengan Haiza, memang meledak!

Trending Thu, 30 Jul 2020

Doa Hari Arafah Paling Mustajab

Jom sama-sama kita perbanyakkan doa di hari mulia ini..

error: Content is protected !!