Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 10, 2022 @ 2:13pm

Omicron Petanda Covid-19 Bakal Berakhir Ramal Pakar

Varian terbaru Covid-19, Omicron mungkin menjadi petunjuk pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia selama lebih dua tahun akan berakhir dalam tahun ini kata seorang pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok, Thailand.

The Nation Thailand melaporkan, Dr Manoon Leechawengongs pada Jumaat berkata varian Omicron telah bermutasi dengan daripada coronavirus asal dan impaknya jauh lebih ringan.

“Omicron adalah bukti sifat virus, kerana ia menyesuaikan dirinya dengan menghasilkan gejala yang lebih ringan supaya ia tidak membunuh hos dan boleh hidup di dalamnya selama yang boleh,” kata Manoon di dalam satu hantaran Facebook.

“Lambat laun, ramai orang yang akan dijangkiti dengan varian Omicron tanpa mengira etnik, jantina atau umur mereka.

“Dr Wasan Chantrathit, ketua Pusat Genomik Hospital Perubatan Ramathibodi dan saya bersetuju bahawa apabila lebih ramai orang mendapat vaksin Covid-19, kita akan mencapai imuniti kumpulan terhadap virus itu, menyebabkan wabak itu berakhir tahun ini,” tambah Manoon.

Manoon turut berterima kasih kepada Omicron kerana Covid-19 akan menjadi jangkitan endemik, dengan kanak-kanak kecil mendapatnya setiap tahun.

Jangkitan endemik ialah jangkitan yang sentiasa ada pada tahap yang lebih besar atau lebih kecil pada orang dari kelas tertentu atau tinggal di lokasi tertentu.

“Oleh kerana Omicron menghasilkan simptom yang lebih ringan daripada varian Delta, orang yang lengkap vaksinasi dan dijangkiti varian itu kebanyakannya akan mengalami simptom yang tidak berbeza daripada selesema biasa.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan mereka yang berada dalam kumpulan berisiko, seperti warga emas, wanita hamil dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin.

Jika anda sudah mempunyai dua suntikan, dapatkan dos penggalak sebelum ramai lagi orang di negara ini dijangkiti oleh varian Omicron dalam satu atau dua bulan berikutnya.”

Walaubagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada Khamis memberi amaran supaya tidak mengkategorikan varian Omicron sebagai ringan kerana ia hampir membunuh orang di seluruh dunia.

“Walaupun Omicron kelihatan kurang teruk berbanding Delta, terutama bagi mereka yang divaksinasi, ia tidak bermakna ia harus dikategorikan sebagai ringan,” kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di dalam laporan AFP.

Sumber: The Nation Thailand

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Mar 2019
Hiburan Sat, 3 Aug 2019

Khai Bahar ‘Pilih’ Pelakon Wanita?

Huwah, harap dipermudahkan bagi Khai

Trending Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian Selamat Melahirkan Anak Perempuan Tetapi…

Haih, tak sah kalau tak ada drama dalam situasi yang melibatkan keluarga Kardashian ini!

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

[VIDEO] “Ira Kazar Dah Terima Kifarah, Dia Terima & Ikhlas…” – Pendedahan Isteri Azlan Komeng Cetus Tanda Tanya

Alamak, apa maksud Nilam ni? Kifarah dalam bentuk macam mana Ira kena tu? 😌

Automobile Sat, 7 Apr 2018

Pick a Name for the New Proton SUV and Win Great Prizes!

Proton needs your help to give its new SUV a name! Join the voting poll contest and you might just win yourself some amazing prizes!

error: Content is protected !!