Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 5, 2022 @ 12:24pm

“Dalam Masjid Pun Tak Selamat,” – Netizen Berang Tangan Lelaki Miang Meraba Masuk Ruang Makmum Wanita

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki miang dipercayai mencuba untuk meraba wanita dengan memasukkan tangan di bawah tirai pemisah ruang solat wanita di sebuah masjid.

Umum mengetahui masjid atau surau seharusnya menjadi tempat paling selamat dan aman untuk menimba ilmu dan menunaikan ibadah, namun kejadian luar biasa yang berlaku ini sememangnya mengejutkan orang ramai.

Video yang diambil daripada TikTok itu tular di ruangan media sosial Twitter sehingga telah mencetuskan perbalahan antara netizen yang berang melihat perangai miang individu tersebut.

@zuhailazainal

dimana mana pun kita berada , berhati2 lah para wanita #fypシ

♬ original sound – mrsintrovert – ex?introvert

Malah, menerusi video tersebut dapat dilihat tangan lelaki berkenaan berkali-kali ‘merayap’ dan cuba untuk ‘meraih’ sesuatu disebalik tirai penghadang ruang solat wanita.

Kejadian itu telah menimbulkan rasa tidak senang duduk segelintir netizen yang berang melihat tangan miang lelaki berkenaan sehingga ada dalam kalangan mereka yang seakan bertanya adakah masalah tersebut masih berpunca daripada wanita dan bukannya seorang lelaki?

Perbalahan tersebut tercetus dipercayai kerana sebelum ini, ada sesetengah pihak berpendapat banyak kes rogol atau isu wanita diganggu kerana memakai pakaian seksi, namun kejadian berlaku di masjid yang mempunyai penghadang tirai itu membuktikan golongan wanita masih tidak selamat.

Meninjau reaksi ciapan tersebut, ramai yang menzahirkan rasa marah terhadap lelaki berkenaan yang dianggap sangat tidak wajar.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan netizen yang seakan mencadangkan solusi lain untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Begitupun, segelintir netizen turut memberi pandangan lain yang berpendapat bahawa lelaki tersebut berbuat perkara demikian dipercayai kerana mempunyai niat untuk mencuri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Ruhainies dan Nazim Othman berlakon bersama

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Al-Fatihah…Tiada Lagi Adik Ikhwan

Al-Fatihah…Dari dia kita datang, kepada dia kita kembali.

Hiburan Thu, 1 Feb 2024
Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Yasmin Hani Akui Sanggup Berlapar Asalkan Kebersihan Rumah Terjaga – “Dapur Berasap Tapi Kotor Berlemuih?”

Wahh, mesti rumah Yasmin Hani berkilat ni 🤩 Harus dipuji ni sebab tak semua orang ada kemahiran dalam mengemas okayh! 🤪

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kita hidup hanya sementara, buang jauh benci dan sengketa

error: Content is protected !!