Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 28, 2023 @ 1:53pm

Shila Amzah Buat ‘Bungalow Tour’, Netizen Komen: “Makin Besar Rumah, Makin Jauh Jarak Hubungan Orang Dalam Tu”

Penyanyi Shila Amzah tampil membuat ‘house tour’ rumah banglo miliknya yang dikhabarkan akan dijual tidak lama lagi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shila menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Shila telah mempamerkan setiap ruangan di dalam rumah agamnya itu ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Menurut Shila, dia lebih selesa untuk tinggal di rumah yang sederhana kerana dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.

“Saya lagi suka rumah kecil sebab pertama rumah besar ni susah nak jaga. Kemudian, bila masing-masing ada ruang sendiri saya rasa hubungan dalam keluarga tu akan lagi jauh.

“Jadi saya rasa baiklah duduk rumah biasa-biasa, sederhana je yang penting kita dapat hubungan keluarga yang lebih erat,” katanya.

Meskipun rumah agam itu menyimpan banyak kenangan, Shila anggap kediaman itu bukanlah jaminan yang mampu memberinya kebahagiaan.

Bahkan, dia menganggap setiap kemewahan yang dimilikinya itu adalah pinjaman dan bersifat sementara.

“Dalam hidup ni mana ada benda yang kekal selamanya. Semuanya bersifat sementara. Kita sebagai manusia dan seorang muslim semua benda Allah pinjamkan sementara.

“Setiap kali datang rumah ni, saya selalu rasa sedih. Tak tahulah,” jelasnya.

@shilaamzahofficial Bungalow tour ❤️ Sha doakan semua dapat mengecapi bahagia yang kalian ingin kan ❤️ #bungalow ♬ nhạc nền – 1999_1885 – 🤍

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 May 2020
Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Fulamakkk, penyelam tau gais 🤩🤩 Hebatnya Anna nii 🤩🤩

Featured Thu, 16 Oct 2025

Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Mickey Ayo

Pelakon dan usahawan jelita, Nora Danish kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video istimewa sempena ulang tahun kelahiran jejaka yang sering dikaitkan dengannya, Mickey Ayo.

Drama Mon, 7 Apr 2025

Siti Hariesa Cari ‘Isteri’ Baharu Untuk Jazmy Juma?

Saksikan drama Calon Isteri Buat Suami setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Tom Holland Saved Spider-Man With a Phone Call

We don’t have any other choice but to stan!

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
error: Content is protected !!