Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 22, 2024 @ 6:45pm

“Maafkan Aku Ya Allah Atas Kekhilafan Aku Sepanjang Uruskan Perniagaan Ini… Biarlah Kami Saja Yang Tahu Apa Sebabnya” – Neelofa 

Baru-baru ini hangat di media sosial apabila usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa mengumumkan menghentikan perniagaan produk inai keluaran rangkaian perniagaanya serta merta.

Noor Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohamed Noor turut mengucapkan terima kasih kepada penjual dan pembeli.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Henti Pengeluaran Produk Inai Serta Merta Selepas Dua Tahun Di Pasaran – “Mungkin Ini Jalan Terbaik Buat Kami” 

Terbaharu, Neelofa memaklumkan biarlah pihaknya sahaja yang tahu apa sebab dia mengambil pendirian untuk tidak lagi meneruskan produk tersebut.

Malah, menyifatkan ia adalah jalan terbaik buat dirinya dan perniagaan.

“Maaf tak dapat teruskan lagi Innai NunHa. Mungkin ini yang terbaik tertulis untuk kami.

“Walaupun sampai ke harini masih ramai lagi peminat Innai kami, tapi Lofa tak dapat teruskan dan biarlah kami saja yang tahu apa sebabnya,” kongsinya.

Tambah isteri kepada selebriti dan pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz itu turut meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diberi Tuhan menerusi penjualan produk tersebut.

“Apapun Lofa nak panjatkan kesyukuran, syukur Ya Allah kerna berikan aku merasai nikmat rezeki yang sangat luar biasa melalui Innai ini.

“Dan maafkan aku Ya Allah atas kekhilafan aku sepanjang aku uruskan perniagaan ini Ya Allah.

“Doakan kami agar perjalanan kami kedepan dipermudahkan. Nunha.co akan move forward dengan barangan-barangan produk lain, barangan ilmiah yang boleh membantu spiritual journey kita semua, Insya-Allah,” tutupnya.

Untuk info, produk inai keluaran syarikat perniagaan Neelofa itu mendapat sambutan hangat di pasaran sejak 2022.

Lebih menarik, produk inai tersebut terbukti menggunakan bahan kandungan halal dan telap air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Nov 2025
Contest Tue, 17 Sep 2019

Calit, Si Cilik Calit! Kembali Dan InI 5 Sebab Kenapa Korang Wajib Tonton Episod Kali Ini!

Jangan lupa saksikan Calit, Si Cilik Calit! Edisi Selebriti nanti okay!

Trending Fri, 21 Jun 2019

Gambar Sekitar Majlis Menempah Bidan Puteri Sulung Yang Dipertuan Agong, Tengku Iman Afzan

Pasangan diraja Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas dan kini menanti cahaya mata pertama mereka.

Cahaya Mata Thu, 23 Feb 2023
Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Enam Kitaran Kemoterapi Menanti, Shahronizam Tak Putus Ikhtiar Berubat Kampung Lawan Kanser

hahronizam meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi sistem sokongan yang kuat daripada keluarga, rakan artis dan pihak produksi

Featured Fri, 21 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Beli Mainan Happy Meal, Aksi Catriona Ross Ambil Order Dalam Dialek Kelantan Cuit Hati Ramai!

Best kan mainan baru Happy Meals McD ni? Min terhibur tengok gelagat Catriona jadi staf drive-thru McD 🤣🤣🤣

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
error: Content is protected !!