Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 5, 2023 @ 5:55pm

Kerap Gayakan Fesyen Pelik, Rahimah Rahim Label Aina Abdul ‘Trendsetter’ – “Kalau Dia Tiada Imej, Orang Takkan Tengok…”

Penyanyi veteran Rahimah Rahim meluahkan rasa kagum dengan keberanian penyanyi Aina Abdul.

Bagi pelantun lagu Gadis Dan Bunga itu, imej yang dibawakan oleh Aina mencerminkan gaya yang unik serta lain daripada yang lain.

Memetik Berita Harian, Rahimah menitipkan pesan agar tidak mempertikaikan fesyen uniknya.

Menurut Rahimah, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menerusi lagu Terus Hidup itu pastinya mempunyai alasan tersendiri untuk menampilkan busana-busana ‘avant-garde’.

Menyangkal dakwaan yang mengatakan fesyen Aina keterlaluan dan demi meraih perhatian semata-mata, Rahimah menganggap Aina berhak memilih penampilan atau gaya yang diingini tanpa perlu memuaskan hati semua orang.

Lagi pula, rekaan busana penting untuk menonjolkan diri seseorang selebriti agar lebih dikenali ramai dan kekal relevan dalam industri mengikut arus peredaran zaman. Ia bukan satu kesalahan.

“Soal imej, itu pilihan dia. Usah pertikai kerana itu imej dia. Kalau dia tiada imej, orang tak akan tengok, betul atau tidak? Jadi, Aina reka imej dirinya dan dia adalah ‘trendsetter’,” katanya.

Rahimah yang meminati Aina turut menganggap pelantun lagu Sumpah itu sebagai seorang ‘trendsetter’ di Malaysia.

Rahimah berkata imej aneh yang dibawa oleh Aina mampu diingati orang ramai.

Dalam pada itu, Rahimah turut menasihati Aina agar tidak mudah melenting sebaliknya kekal tenang apabila menerima kecaman terhadap imejnya.

“Kalau awak mahu kecil hati, awak boleh fikir zaman dahulu media akan kritik ‘gila-gila’ dan hentak habis-habisan. Tetapi sekarang, netizen yang hentak.

“Jadi sabarlah. Sebagai manusia, kesabaran itu perlu kuat. Seperti yang emak saya katakan dahulu, genggam bara sampai jadi abu. Maksudnya, usah hangat-hangat tahi ayam,” jelasnya lagi.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Mar 2019

Kylie Jenner Diiktiraf Billionaire Paling Muda, Wow!

Siapa sini peminat produk Kylie Cosmetics angkat tangan!

Hiburan Mon, 13 Jan 2020

‘Tipulah Kalau Kata Tak Takut’- Naim Daniel

Biar benda itu jadi satu doa…

Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Tiada Lagi #Jelena, Bieber Umum Dah Bertunang

Tambah Bieber, hatinya kini hanya milik gadis berusia 21 tahun itu. Wah, romantik habis!

error: Content is protected !!