Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 13, 2020 @ 2:21pm

‘Tipulah Kalau Kata Tak Takut’- Naim Daniel

Penyanyi Naim Daniel mengaku mahu kurangkan bekerja menjelang Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tidak lama lagi.

Kata Naim ketika ditemui Xtra, dia mahu fokus dengan kesihatan bagi memastikan persembahan yang luar biasa pada malam itu nanti.

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out.

“Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya bersemangat.

Naim yang bakal membawakan lagu Sumpah ciptaan di AJL 34 mengikuti kelas latihan mengasah vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat.

Dalam masa sama, Naim mengaku memasang impian mahu merangkul trofi pada malam itu nanti.

“Tipulah kalau saya kata tak mahu menang. Sesiapa yang masuk pertandingan pasti ada perasaan nak menang. Bila orang doakan agar lagu Sumpah berjaya, saya Aminkan segera. Biar benda itu jadi satu doa, ibarat pembakar semangat,” akhiri Naim.

Oleh FAS.

Anugerah Juara Lagu 34 bakal ditayangkan secara langsung di TV3 pada 9 Februari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Events Sat, 24 Sep 2022
Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Anggap ‘Ratu Balada’, Aina Abdul Pasang Impian Duet Dengan Mahalini – “Insya-Allah, Suatu Hari Nanti”

Aina menyifatkan Mahalini sebagai ‘ratu balada’ yang memiliki aura tersendiri dalam industri muzik.

Featured Wed, 18 Oct 2023

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Terbaiklah Datuk M.Nasir! Pinjam seratus sat🤞🤞🤞

Featured Mon, 28 Aug 2023

[VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Hmm, sebak pula dengar luahan hati Achey yang pernah jalani rawatan IVF dengan isteri 😢

Hiburan Wed, 5 Jun 2024
error: Content is protected !!