Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 23, 2023 @ 5:19pm

Sah Berpisah Dengan Mawar Rashid, Peminat Titip Doa Buat Raf Yaakob – “Manusia Hebat, Ujiannya Juga Hebat”

Sejak berita mengenai kisah rumah tangganya menjadi bualan hangat netizen, adik kepada chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob kelihatan lebih selesa berdiam diri dan tidak terbuka berkongsi masalahnya itu kepada umum.

Malah, berita mengenai perceraiannya itu dihidu peminat selepas pelakon, Mawar Rashid atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dilihat bertindak memadam foto mereka bersama di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Padam Gambar Suami Di IG? Status Rumah Tangga Mawar Rashid Cetus Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN:Dikhabarkan Hadir Ke Mahkamah Syariah, Mawar Rashid Dan Suami Bakal Bercerai?

Tindakan tersebut sekaligus mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat, apatah lagi pasangan ini sentiasa kelihatan bahagia dan tidak pernah terpalit dengan gosip liar membabitkan mereka berdua.

“Baru baca tadi pasal Raf dan Mawar. Sedihnya! Harap jodoh anda panjang dan berkekalan sampai syurga. Teringat macam mana sweetnya pasangan ni. Semoga yang baik-baik.

“Janganlah sampai bercerai, Seronok tengok Raf dan Mawar. Kesian anak-anak.

“Harap cerita yang tular ni tak betul. Suka sangat tengok pasangan ni Moga yang baik-baik untuk Raf,” komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

 

Sementara itu, ramai dalam kalangan warganet mengambil kesempatan menitipkan doa dan kata semangat buat Raf.

“Manusia hebat ujian nya juga hebat. Semoga dipermudahkan segala urusan Raf.

“Semoga semuanya baik-baik untuk pasangan ini.

“Tabah dan reda. Moga bertemu yang terbaik.

“Back stronger, moga dimudahkan segala urusan,” komen netizen.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang baharu mencecah 10 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwaan Bakal Bercerai, Mawar Rashid Akhirnya Buka Mulut… Minta Henti Sebar Pelbagai Spekulasi – “Kami Dah Tiada Persefahaman”

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Raf Yaakob, Mawar Rashid Bakal Cerai… Fazley Yaakob Mohon Beri Ruang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

“Masih Nak Romantiskan R*gol Dalam Naskhah Cinta?” – Tiz Zaqyah Tegur Mentaliti Masyarakat, Anggap Isu Seksual Bukan Tabu

Tiz turut mengkritik segelintir pihak yang masih menormalisasikan atau meromantiskan jenayah seksual menerusi karya fiksyen.

Trending Thu, 6 Dec 2018

5岁混血小男模Cooper让姐姐们暴动!

近期在韩国有一位小男孩让姐姐们疯狂!

Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] “Ini Bukan ‘Revenge Body’” – Rossa Sera Nafi ‘Makan Hati’ Punca Susut 11 Kg

Ini baru betul wanita hebat! Focus pada penampilan diri sendiri wahh tahniah Sera!

familuv Mon, 27 Apr 2020

Hukum puasa Ramadan jika tidak mengerjakan sembahyang

Ibu bapa perlu didik anak mengerjakan sembahyang

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Macam Harga Emas 916” – Video Gadis ‘Seludup’ Roti Gardenia Viral Di TikTok

Sebut sahaja roti jenama Gardenia, pasti semua orang tahu kan? Malahan, pelbagai perisa boleh dipilih, menjadikan roti ini kesukaan ramai. Kebiasaannya, sekiranya warga Sarawak dan Sabah pulang dari Semenanjung, mereka akan membawa bekalan roti jenama […]

Featured Fri, 8 Aug 2025
error: Content is protected !!