Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 16, 2018 @ 4:00pm

Bau Seperti Klorin & Roti Basi. Ini 5 Bau Vagina Yang Perlu Anda Tahu

Vagina berbau merupakan antara masalah yang pasti akan membuatkan setiap wanita tidak senang duduk dan kurang tahap keyakinan diri. Namun secara faktanya, vagina atau faraj setiap individu memang mempunyai bau yang tersendiri dan ia adalah sesuatu perkara yang normal.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan pakar sakit puan di Amerika Syarikat, Dr.Vaneesa Cullins, yang mengatakan vagina yang sihat memiliki aroma yang sedikit hamis tetapi tidak terlalu kuat.

Bagaimanapun, jika baunya terlalu kuat dan terlalu berair (seluar dalam sering basah), anda mungkin sedang mengalami masalah.

Berikut merupakan 5 jenis bau vagina yang anda perlu tahu supaya anda peka mana satu bau normal dan mana satu bau yang perlu diambil perhatian.

1. Bau hanyir

Jika faraj anda mengeluarkan bau hanyir seperti ikan, ia mungkin menandakan anda sudah terkena dua jenis jangkitan faraj iaitu bacterial vaginosis dan trichomoniasis. Bacterial vaginosis terjadi apabila bakteria tumbuh dengan berlebihan sehingga menganggu keseimbangan pH di dalam faraj.

Foto: Republika

Kebiasaannya ia berlaku selepas melakukan hubungan seks atau menggunakan pembersih vagina yang tidak sesuai dengan kulit. Ia akan menyebabkan keluarnya cecair putih atau kelabu, berbau masam yang kuat dan amat gatal.

Manakala jika faraj anda berbau hanyir, disertai lendir berwarna kehijauan dan terasa sakit semasa membuang air kecil, maka anda berkemungkinan mengalami trichomoniasis; sejenis jangkitan seksual yang senang merebak tetapi boleh diubati.

2. Bau roti basi

Foto: Sciencing

Pernahkah anda terbau aroma faraj anda seperti bau ragi atau roti yang telah disimpan terlalu lama? Jika ia berbau seperti itu, ada kemungkinan anda terkena jangkitan kulat. Jangkitan kulat biasanya akan mendatangkan rasa gatal-gatal atau sakit ketika kencing, tanpa disertai bau. Akibatnya cecair vagina akan menjadi seperti keju dan agak kental.

3. Bau klorin

Faraj yang berbau seperti klorin atau cecair peluntur adalah hal yang normal dan tidak perlu dibimbangi. Biasanya, bau seakan bahan kimia ini akan terasa selama mana anda berhubungan intim disebabkan penggunaan kondom atau bahan pelincir.

Foto: New Health Advisor

4. Bau musky

Bau ini timbul bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini biasanya berlaku apabila anda bersenam atau berjalan sehingga mengeluarkan peluh, memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau seluar dalam yang diperbuat dari bahan sintesis. Jika baunya sangat kuat, anda disarankan berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri faraj anda sudah terkena jangkitan.

5. Bau makanan

Jika anda gemar makan bawang merah atau bawang putih, tidak hairanlah jika aroma vagina anda lebih kepada bau bawang. Begitu juga jika anda mengambil makanan atau buah-buahan seperti anggur, nenas, asam limau dan sebagainya, ia akan mengeluarkan bau yang ‘manis’.

Foto: Live Strong

Kesimpulannya, walau apa sekalipun jenis bau faraj anda, jika anda rasakan bau tersebut ‘pelik’, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga bermanfaat!

Sumber: theAsianparent Malaysia & Yahoo! Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Feb 2025

Kongsi Rasa Sedih Isu Bayi Meninggal Tersedak Susu… Warganet Kecam Madammu, Didakwa Tak Sensitif

Madammu bahkan sanggup membayar dua orang pembantu penjaga (CL) untuk menjaga anaknya.

Featured Mon, 3 Dec 2018
Featured Mon, 7 Apr 2025

Bonda Rozita Enggan Jaja Aib Perkahwinan Terdahulu – “Anak Saya Sendiri Tak Perlu Tahu”

Usahawan sensasi, Bonda Rozita Ibrahim kekal dengan pendirian untuk tidak mengulas lanjut mengenai kehidupannya termasuklah isu perkahwinan terdahulunya.

Featured Fri, 15 Jun 2018

Rupanya 4 Punca Ini Yang Buatkan Anda Kerap Sakit Belakang. Sila Ambil Tahu!

Jangan ambil mudah dengan masalah sakit belakang yang kerap. Ketahuilah puncanya!

Featured Thu, 9 Sep 2021

Orang Ramai Boleh Melancong Ke Langkawi Mulai 16 September

Para pengunjung yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut  Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri mulai 16 September, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara […]

Featured Wed, 26 Oct 2022
error: Content is protected !!