Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 28, 2023 @ 8:43pm

“Perkahwinan Saya Bertahan 10 Tahun Sebab Suami Saya Pecinta Wanita” – Potongan Video Lama Diana Danielle Kembali Tular

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memuat naik potongan video yang memaparkan pelakon Diana Danielle memuji suaminya, pelakon dan pengarah Farid Kamil.

Menerusi video tersebut, Diana ketika itu menjadi juri dalam sebuah pertandingan lawak menyatakan bahawa rumah tangganya bertahan selama 10 tahun kerana Farid merupakan seorang pecinta wanita.

“Korang tahu tak kenapa perkahwinan saya hampir 10 tahun? Sebab suami saya macam Sashic… dia pecinta wanita la bang. Dia pandai,” kata Diana.

Susulan itu, individu itu mendoakan agar rumah tangga pasangan selebriti itu dapat diselamatkan.

“Teringat kata-kata DD (Diana Danielle) dulu. Harap ada lagi sinar dalam rumah tangga beliau. Aamiin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, ada segelintir warganet mempersoalkan semula kata-kata Diana dan bertanya kenapa menuntut cerai.

Malah, ada yang memintanya untuk menonton semula video tersebut dan mengubah fikirannya untuk tidak berpisah.

Tidak kurang juga, ada yang beranggap kata-kata Diana yang memuji Farid itu sebenarnya mempunyai makna tersirat.

Untuk info, Diana dan Farid telah menghadirkan diri ke mahkamah bagi sesi pendamaian menerusi Jabatan Pendamaian (JKP) hari ini.

Artikel Berkaitan: “Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia” – Diana Danielle Buat Tuntutan Cerai, Ini Respons Farid Kamil

Artikel Berkaitan: Dituduh Punca Farid Kamil & Diana Danielle Bercerai, Ahirine Ahiruddin Nafi Dakwaan – “Saya Sedang Bahagia Dengan Teman Lelaki”

Artikel Berkaitan: Mahu Raikan Ulang Tahun Ke-11, Farid Kamil Turut Hadiahkan Cincin! Tapi Kena Reject Dengan Diana Danielle – “Bunga Pun Dibuang, Apatah Lagi Cincin”

Artikel Berkaitan: Krisis Rumah Tangga Disebabkan Kehadiran Pihak Ketiga, Farid Kamil Dakwa Isteri Terkantoi – “Saya Sudah Sedaya Upaya Pujuk Diana Danielle”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jun 2020

Pencari Kerja Kini Boleh Mohon PenjanaKerjaya, Bayaran Insentif Bermula 1 Julai

Sedikit info dan berita baik buat mereka yang hilang kerja ketika PKP..

Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.

Featured Tue, 26 May 2026
Contest Tue, 6 Aug 2019

MyeongDong Topokki Challenges Your Taste Buds with Pedasss Chick-Yun Challenge!

Do you think you have what it takes to take on the ultra spicy chicken ramyun exclusively from MyeongDong Topokki?

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

LIYANA JASMAY TAUKE AYAM?

Tapi apa pula konsep makanan kat sini? Makanan yang berkonsepkan malay-Indo food ini semestinya dapat memenuhi selera rakyat Malaysia.

error: Content is protected !!