Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 1, 2024 @ 5:23pm

Jernihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza, Jasa Allahyarham Wartawan Hiburan Huzz Terus Dikenang

Jasa allahyarham wartawan hiburan, Huzz tidak mudah dilupakan apabila beliau merupakan insan yang berjaya meleraikan perang dingin antara penyanyi tersohor, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza selama enam tahun.

Huzz yang bekerja sebagai Editor URTZ ketika itu menjadi orang tengah dalam menjernihkan hubungan dua biduanita negara menerusi sesi fotografi sempena Aidilfitri pada 2010.

Adik Allahyarham, Nur-ul Afida Kamaludin menganggap perkara tersebut sebagai satu kejayaan besar buat Huzz yang berjaya menyatukan kedua-dua selebriti nama besar tanah air.

“Bagi saya ia satu pencapaian besar buat arwah apabila berjaya menyatukan Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza ketika Huzz berkhidmat di URTV.

“Ia mungkin cerita sensasi tetapi bukan mudah menghasilkan penulisan yang menyatukan dua nama besar dalam industri hiburan,” katanya.

Difahankan pertemuan antara Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza itu turut dirancang oleh dua wartawan lain dari Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Sharifah Aini
Sementara itu, Nur-ul Afida Kamaludin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut memuji keperibadian arwah Huzz yang amanah dan menjaga setiap rahsia setiap selebriti.

“Apabila dia menulis di ruangan gosip, dia sangat menjaga kerahsiaan artis. Dia tidak akan membuka cerita dan cukup pegang rahsia,” kongsinya.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza memaklumkan pihak Yayasan Nurjiwa akan membuat ibadah badal (upah) Haji untuk Allahyarham Huzz atau nama lengkapnya, Kamal Huzaini.

Allahyarham Huzz meninggal dunia pada 8 Jun 2024 akibat kanser usus tahap empat.

Pada Mac lalu, Huzz yang merupakan pencipta lirik lagu Keangkuhan Mu nyanyian Ramlah Ram ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada usus sebelum disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Beberapa bulan selepas itu, Allahyarham dibenarkan keluar hospital dan beliau mendapatkan rawatan susulan di Pulau Pinang namun keadaannya semakin kritikal dan merosot.

Selain pencipta lirik penyanyi terkenal, Huzz juga pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan namanya amat terkenal dalam segmen gosip sensasi Huzz di sisipan Pancaidera, Mingguan Malaysia.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Apr 2026

Fazura Puji Amir Masdi Penyanyi Berbakat & Merendah Diri – “Semoga Dia Terus Berjaya”

Nur Fazura tampil memuji bakat penyanyi rock moden, Amir Masdi yang disifatkan sebagai seorang yang merendah diri.

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Pamer Kemesraan Di SAG Awards, Aksi Brad Pitt dan Jennifer Aniston Jadi Perhatian

Hari yang penuh emosi dan bersejarah bagi bekas pasangan suami isteri, Brad Pitt dan Jennifer Aniston di Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2020 pagi tadi apabila Brad Pitt diumumkan sebagai pemenang Outstanding Performance by […]

Featured Thu, 21 Nov 2024

“Moga Dia Menjadi Penyanyi Yang Berjaya, Tak Tumpang Populariti Orang Lain &  Hanya Padang Mahsyar Boleh Menjawab”- Aisha Retno

Penyanyi berbakat, Aisha Retno tampil memberikan respons berhubung kontroversi yang berlaku melibatkan pembatalan konsertnya, ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’.

error: Content is protected !!