Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 19, 2021 @ 10:40am

Kempen Kita Malaysia #BaikSemula Sebar Semangat & Inspirasi Dalam Menyambut Bulan Kebangsaan 2021

Setiap kali menjelang bulan Ogos, pastinya negara kita meriah dengan kibaran Jalur Gemilang di merata tempat.

Walaupun kali ini menjadi tahun kedua kita menyambutnya secara sederhana akibat penularan virus Covid-19, namun sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak pernah luntur.

Bersempena dengan hari paling istimewa ini, Media Prima Berhad mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan tabah berhadapan cabaran ini menerusi Kempen Kita Malaysia #BaikSemula.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios:

“Seiring dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) mengaktifkan semula lagu #BaikSemula ciptaan Faizal Tahir yang kami perkenalkan pada awal tahun ini.

“Muzik video #BaikSemula versi baharu dihasilkan untuk memberi lebih impak dalam menyemarakkan kempen ini dan ia boleh ditonton di YouTube Alternate Records & Talents bermula hari ini.

“Kami yakin lagu boleh mengubati duka, boleh membangkitkan semangat dan memberi harapan kepada semua. Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia berdiri kukuh untuk masa hadapan negara.

“Percayalah kita pasti dapat mencapai imuniti kelompok dan keadaan akan baik semula tidak lama lagi.

“Sepanjang tempoh kempen ini, pelbagai genre program menarik telah disusun dari berita, keagamaan, bual bicara, majalah sehingga ke drama untuk memberi inspirasi dan menyuntik semangat ke dalam sanubari kita.”

Sejak dilancarkan, lagu #BaikSemula dinyanyikan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju (K-Clique) menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Muzik video #BaikSemula bertujuan memberi penghargaan kepada para petugas hadapan yang komited menggalas tugas masing-masing dan usaha komuniti yang menghulurkan bantuan segera kepada mereka yang terkesan teruk.

Ia juga menyuntik semangat dan memberi harapan kepada rakyat Malaysia bahawa kita pasti akan baik semula dengan menyahut saranan untuk mendapatkan vaksin dan amalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam kehidupan harian.

Muzik video #BaikSemula berdurasi 30 saat sedang rancak disiarkan menerusi semua platform Media Prima Berhad.

Video penuh #BaikSemula berdurasi tiga minit kini boleh ditonton di YouTube Alternate Records & Talents bermula 17 Ogos 2021.

Inisiatif #BaikSemula dilanjutkan lagi dengan kolaborasi istimewa bersama-sama TikTok, platform perkongsian video terbesar di China.

Kami ingin mengajak anda untuk sama-sama menyebarkan semangat dan inspirasi anda kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menyertai cabaran #BaikSemula di aplikasi TikTok hingga 31 Ogos.

Inilah masanya untuk anda tonjolkan bakat anda di TikTok! Lip Sync lagu #BaikSemula dan 20 video paling kreatif akan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa.

Nantikan juga versi istimewa Muzik Video TikTok #BaikSemula berdurasi satu minit yang menampilkan 100 artis TikTok bermula 23 Ogos nanti.

Lebih menarik, TV3 bakal menyiarkan program bual bicara istimewa Malam #BaikSemula pada 28 Ogos 2021 dari pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam yang dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana.

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 menjadi lebih bermakna apabila program ini turut memberi penghargaan tinggi kepada barisan petugas hadapan yang komited dengan amanat yang diberikan dan atlet negara di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Antara tetamu yang akan ditemu bual ialah Datuk Azizulhasni Awang, Alif Satar, Aina Abdul, Khai Bahar, Shuib Sepahtu, Ismail Izzani dan ramai lagi.

Sama-sama kita meriahkan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula dan kibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing, kenderaan atau di mana sahaja sebagai rasa sayang kepada negara kita Malaysia.

Nantikan juga sajian program-program menarik sepanjang bulan Kebangsaan di TV3, TV9, 8TV dan ntv7.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, TV9, 8TV & ntv7 layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia @8tvchinese @ntv7Malaysia.

Gunakan #KitaMalaysia #BaikSemula untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Terpukau Dengan Aksi Roller Skating Eizlan Yusof

Fuhhh powernya! Ni kalau min ni mahu tergolek je..

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]

Trending Thu, 28 Apr 2022
Trending Thu, 12 Mar 2020

Selepas Jackie Chan, Kini Tom Hanks Dan Isteri Pula Sah Positif Covid-19

PELAKON terkenal Hollywood Tom Hanks telah memaklumkan bahawa dirinya dan Isteri Rita Wilson telah dijangkiti virus Covid-19. Hal ini disahkan sendiri oleh Tom menerusi akaun Twitter peribadinya.  Menurut Hanks, beliau dan isteri berada di Australia […]

Hiburan Mon, 23 May 2022

Penangan Karakter Perampas, Wafariena Terima Ugutan Santau Kerana Watak Nurul Ain

Wafariena yang melakonkan watak Nurul Ain terima ugutan santau oleh peminat yang taksub dengan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku Musim ke-3.

Featured Wed, 6 Oct 2021
Featured Wed, 20 Dec 2023
Trending Thu, 14 Nov 2019

Beruang Matahari Diselamatkan Dari Rumah Panjang Di Betong

Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menyelamatkan seekor beruang matahari yang dipercayai dipelihara tanpa permit dalam serbuan Op Khazanah di sebuah rumah panjang di sini semalam. Bagaimanapun tiada tangkapan […]

error: Content is protected !!