Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 2, 2025 @ 9:09pm

Filem ‘Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih’ Papar Realiti Talak 3, Kini Ditayangkan Di Malaysia Bermula 2 Oktober!

Filem Indonesia terbaharu arahan Benni Setiawan berjudul Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih tampil mengangkat kisah percintaan dan konflik rumah tangga yang dekat dengan masyarakat, khususnya berkaitan isu ‘cina buta’. Pengarah yang sebelum ini dikenali dengan siri Layangan Putus sekali lagi hadir dengan sentuhan penceritaan penuh emosi.

Naskhah yang ditulis oleh Garin Nugroho, pengkarya di sebalik Opera Jawa dan Samsara, bukan sekadar hiburan, malah menggambarkan realiti pahit manis dalam sebuah perkahwinan.

Filem ini mengisahkan perjalanan rumah tangga Alfa (Mikha Tambayong) dan Darian (Kevin Ardilova) yang terpaksa berdepan kesan talak tiga. Penonton dibawa menyelami gelora cinta, rasa cemburu dan peraturan agama yang sukar dielakkan.

Keadaan menjadi semakin runcing apabila keluarga menginginkan mereka kembali bersama, namun syariat menetapkan Alfa perlu bernikah terlebih dahulu dengan lelaki lain sebelum kembali kepada bekas suaminya.

Muncul watak Zainun (Ibrahim Risyad), seorang lelaki yang bersedia mengahwini Alfa bagi memenuhi syarat rujuk tersebut. Namun, pernikahan itu membuka babak baharu yang tidak dijangka.

Rancangan yang awalnya dilihat mudah berubah menjadi rumit apabila Darian dilanda cemburu. Dia mula mencampuri urusan rumah tangga Alfa dan Zainun, sekali gus menimbulkan konflik yang lebih besar.

Lebih mencabar, sosok Zainun digambarkan sebagai suami idaman – tampan, penyayang, serta berilmu agama. Kehadirannya mewujudkan dilema buat Alfa, sama ada harus kembali ke cinta lama yang penuh luka atau memilih masa depan bahagia bersama lelaki baharu yang memberi harapan.

Dalam masa yang sama, Darian pula bertemu dengan Intan (Tissa Biani), seorang gadis pemilik kedai botol kaca antik, yang juga membuka ruang baharu tentang makna cinta dalam hidupnya.

Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih diterbitkan Soex Entertainment dan akan diedarkan ke pawagam seluruh Malaysia oleh Horizon Film Entertainment bermula 2 Oktober.

Filem bergenre komedi drama kekeluargaan ini menampilkan Kevin Ardilova sebagai Darian (Autobiography, Laura), Mikha Tambayong sebagai Alfa (Sewu Dino, Nada Cinta), Tissa Biani sebagai Intan (KKN Di Desa Penari, Norma: Antara Mertua dan Menantu) dan Ibrahim Risyad sebagai Zainun (Sijjin, Pemandi Jenazah).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Aliff Syukri Tak Sempat Hadiahkan Banglo Pada Arwah Bapa

segala urusan dipermudahkan dan hasrat bapanya untuk dikebumikan di kampung ditunaikan.

Hiburan Mon, 1 Sep 2025
Featured Wed, 24 May 2023
Trending Thu, 4 Oct 2018

#herobombakami: Posting Terakhir Arwah Beri Bayangan Kematian

Al- Fatihah buat kesemua anggota bomba yang pergi meninggalkan kita. Semoga syurga buat kalian semua hendaknya, Insya Allah…

Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Fathia Latiff Sebak Dapat Pujian Tun Mahathir

Nur Fathia merupakan salah seorang selebriti tanah air yang kini dilihat semakin berani menyuarakan pendapat berkaitan politik walaupun kadang-kadang apa yang diperkatakan oleh pelakon wanita ini adalah isu yang sudah berlalu. Lebih menarik lagi, baru-baru ini […]

Featured Thu, 13 Mar 2025

Sukar Berjalan, Ebit Lew Kongsi Keadaan Terkini Mak Wan Latah -“Dia Rayu Minta Kerja”

Mak Wan sempat bertanya kepadanya sekiranya terdapat sebarang pekerjaan yang boleh dilakukannya.

Featured Wed, 15 Jun 2022

Jual Gambar Lucah Di Media Sosial, Lelaki Ini Bakal Berdepan Hukuman Penjara & Denda RM 50,000 Jika…

Ishhhh…. macam ni pun ada? Baik jual tauhu begedil ke, kek lapis ke….

error: Content is protected !!