Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 11, 2025 @ 12:12pm

[VIDEO] “Kadang Kala Terlintas Patah Balik Tu Lebih Mudah” – Syasya Rizal Akui Tak Mudah Kekal Istiqamah Bertudung 

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, mengakui perjalanan hijrahnya bukan sesuatu yang mudah, terutama dalam usaha mengekalkan istiqamah.

Menerusi sebuah video di TikTok, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, tidak menafikan pernah terdetik di hatinya untuk berpatah balik dan menanggalkan hijab akibat persepsi dan pandangan negatif orang sekeliling.

“Sejak saya bertudung, perjalanan ini sangat mencabar dan benar-benar menguji mental. Ia tidak semudah yang disangka.

“Kadang-kadang terlintas di fikiran berpatah balik mungkin lebih mudah. Orang melihat saya seolah-olah sudah alim, tapi hakikatnya saya masih seperti orang lain, masih berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, ibu anak satu ini turut menitipkan pesanan kepada para wanita di luar sana yang sedang dalam proses untuk kekal istiqamah.

“Untuk semua wanita yang sedang berjuang untuk istiqamah, jangan risau jika perjalanan ini terasa lambat. Jangan terlalu memaksa diri.

“Kita semua melalui fasa yang berbeza, jadi tiada keperluan untuk membandingkan diri dengan orang lain. Perlahan-lahan tapi pasti,” tambahnya lagi.

@syasya.rzl

A little reminder to my girlies yang trying to keep istiqamah 🫶🏻 We got this okie, slowly but surely.. btw lurve betul tudung dari @Hegira Official ni.. Senang x payah pin and lilit lilit. Terletak cantiks je

♬ 恋爱频率 – Sasablue

Pada April tahun lalu, Syasya mengumumkan dia telah menarik diri dari Dilla atas sebab peribadi.

Susulan itu, Syasya mengejutkan ramai apabila dia memuat naik foto majlis pernikahan bersama pilihan hati pada 20 April lalu dan kini sedang menanti kehadiran anak sulung selepas memaklumkan berbadan dua pada September 2024.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Belanja Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza, Peminat Terubat Rindu – “Tolong ‘Comeback’ Dengan Lagu Solo”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 6 Oct 2018

PANAS! Bakal Pengantin Bengang Mahligai Impian Gulung Tikar

Perkahwinan adalah saat yang indah untuk dikenang tetapi bila ditipu seminggu sebelum majlis bagaimana . Terkini Mahligai Impian memusnahkan impian pengantin

Hiburan Mon, 1 Aug 2022

“Mungkin Mereka Mahu Jadi Seperti Saya Suatu Hari Nanti” – As’ad Motawh Tayang Badan Mahu Jadi Inspirasi

As’ad Motawh tayang badan untuk memberi inspirasi kepada orang muda diluar sana.

Hiburan Wed, 25 Sep 2024

Siri Tonton Original ‘Seofis’ Bawa Tuah, Siti Saleha Raih Trofi Anugerah Antarabangsa Di Seoul!

Siti Saleha ungguli kategori Outstanding Asian Star Di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA)

Featured Sun, 12 Nov 2023

Famili Duo 3: Raih Perfect 10! Syaiful & Sharif Rampas Kedudukan Pertama, Kreativiti Tambat Hati Juri

Memang kelakar weiiii!!!!! Min pun tak tahan gelakkk dibuatnya🤣🤣🤣

Featured Tue, 5 Sep 2023

[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
error: Content is protected !!