Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 25, 2024 @ 8:33pm

Siri Tonton Original ‘Seofis’ Bawa Tuah, Siti Saleha Raih Trofi Anugerah Antarabangsa Di Seoul!

Beberapa jam yang lepas, Siti Saleha, pelakon versatil wanita yang sering mendominasi pentas anugerah tempatan, melakar sejarah baharu apabila beliau telah dinobatkan sebagai pemenang kategori Outstanding Asian Star, di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA)!

Majlis gilang-gemilang ini telah bersiaran secara langsung dari Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan menerusi saluran SBS TV dan boleh distrim melalui saluran YouTube rasmi SDA.

Majlis berprestij ini telah berlangsung pada petang tadi, bermula jam 4.00 petang (waktu Malaysia) dengan menyaksikan kemenangan gemilang Siti Saleha, sekaligus membawa nama Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.

Kemenangan ini membawa makna besar bukan sahaja kepada Siti Saleha, tetapi juga industri hiburan Malaysia secara keseluruhan apabila kali terakhir Malaysia meraih penghargaan dalam kategori ini adalah pada tahun 2017.

Kemenangan Siti Saleha bukan sahaja telah membanggakan negara, tetapi juga memperkukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pelakon terbaik di Malaysia. Siti Saleha berjaya membuktikan bahawa bakat dan dedikasinya dalam bidang seni lakonan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Prestasi beliau dalam drama Tonton Original Series: SeOfis telah memikat hati penonton, menonjolkan bakat dan dedikasi luar biasanya terhadap lakonan. Drama ini juga diiktiraf sebagai salah satu daripada dua drama teratas pilihan pengguna Tonton, memperkukuhkan reputasinya dengan kualiti produksi yang sangat bermutu tinggi.

Dalam ucapan kemenangan yang penuh emosi, Siti Saleha menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih.

“Terima kasih, Seoul International Drama Awards! Ini untuk Malaysia! Saya sangat bersyukur atas pengiktirafan ini dan saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tonton dan TV3 Malaysia kerana sentiasa menyokong hasil kerja saya. Sokongan yang diperoleh ini menjadikan kemenangan kepada realiti.

“Memenangi trofi ini untuk ‘SeOfis’ adalah impian yang menjadi kenyataan, dan membawa pulang kemenangan pertama Malaysia dalam kategori ini sejak 2017 adalah kemenangan yang sangat membanggakan! Kepada pelakon, kru, dan semua yang menjayakan drama ini, ini adalah untuk anda semua dan kepada peminat saya, sokongan anda sangat berharga,” katanya.

Melalui peranannya sebagai Samirah atau Sam dalam ‘SeOfis’, Siti Saleha berhasil memukau penonton dengan mempamerkan lakonan dari sisi yang berbeza. Karakternya yang kuat, dan penuh semangat menjadi inspirasi bagi ramai wanita. Kemenangan ini adalah bukti nyata bahawa bakat dan kerja keras Siti Saleha telah diakui di peringkat antarabangsa.

Saksikan SeOfis hanya di Tonton sekarang!

‘SeOfis’, yang menggandingkan Siti Saleha bersama Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, dan Fahrin Ahmad, mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh tiga wanita berkerjaya di usia 30-an yang berlainan personaliti dalam menghadapi pelbagai cabaran karier dan kehidupan peribadi di ibukota.

Dengan jalan cerita yang menyentuh soal persahabatan, impian, dan cinta, drama ini bukan sahaja berjaya mencuri perhatian penonton, malah mengukuhkan kedudukan Siti Saleha sebagai antara pelakon terbaik negara.

Kejayaan ini membuka lembaran baru untuk Siti Saleha, yang berharap agar terus melakar lebih banyak pencapaian di peringkat antarabangsa. Sebagai bintang yang sentiasa bersinar, beliau turut berazam untuk menjadi inspirasi kepada pelakon muda dan generasi baharu dalam industri seni tanah air.

Kemenangan ini adalah satu lambang bahawa dunia seni lakonan Malaysia semakin mendapat pengiktirafan global, dan Siti Saleha kini boleh berdiri megah sebagai ikon seni Malaysia di pentas dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

Skirt Che Ta Dikatakan Sama Dengan Sayur

Ramai wanita diluar sana menjadikan Che Ta sebagai ikon fesyen untuk mereka yang berhijab.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ask Me Question? Jawapan Fynn Jamal Betul-Betul Mengejutkan

Nak tahu Fynn jawab apa? Bacalah artikel ni okay!

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Trending Mon, 4 Nov 2019

Kutipan Caj 20 Sen Beg Plastik akan Diserah Kepada PBT

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, bermula 1 Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap […]

Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

It’s A Girl, Tahniah Nabil Ahmad & Zira Ayub!

Alhamdulillah, tahniah Nabil & Zira!

Events Tue, 4 Sep 2018
Featured Fri, 8 Oct 2021

“Meeting Dengan Putera Arab Saudi, Bina Hotel 8 Bintang Bawah Laut”- Papa Megah Holding Curi Tumpuan Di TikTok

Siapa tidak mengenali sosok pelakon otai, Mustapha Kamal yang seakan sebati melakonkan watak golongan kaya atau CEO Megah Holdings dalam drama-drama rantaian Melayu di stesen televisyen. Terbaharu, aksi beliau sebagai usahawan berjaya mencuri tumpuan di TikTok. […]

error: Content is protected !!