Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain January 13, 2023 @ 9:22am

Syifa Melvin & Safawi Rasid Dedah Detik Awal Perkenalan – “Sampai Sekarang Saya Simpan…”

Pasangan selebriti Syifa Melvin dan Safawi Rasid tampil mendedahkan detik awal perkenalan mereka selepas hampir dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh pasangan itu sendiri ketika membuat Live di TikTok, semalam.

Menerusi video yang tular di platform tersebut, Safawi menyatakan bahawa dia yang memulakan detik perkenalan bersama Syifa dengan menghantar satu pesanan menerusi Direct Message di Instagram.

“Sebenarnya saya yang mengorat dulu. Masa tu bulan puasa 2019 dalam seminggu lagi nak raya. Masa tu saya pernah jumpa dia dekat Podium. Saya tengok dia macam boleh tahan.

“Biasalah time tu muda semua pernah lalui. Then, satu hari tu selepas seminggu macam tu saya terjumpa dia punya IG (Instagram) dan DM dia,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Syifa turut menyatakan dia telah berkongsi perkara tersebut kepada rakan-rakannya, terlebih dahulu sebelum membalas pesanan tersebut.

“Sampai sekarang Syifa simpan start daripada 1 Jun dia DM saya. Dia beri salam dan ucapkan selamat berpuasa. Time tu tengah packing nak balik kampung. So, kita dapat text daripada dia.

“Saya macam tahu dia ni pemain bola tapi kita tak tahulah dia famous mana waktu tu. So, kita tahu dia pemain bola dengan gosip-gosip dia lepastu.

“Kemudian saya screenshot hantar dalam group kawan-kawan. Masa tu saya belum reply lagi wish Safawi. Then, kawan saya cakap ingat saya akan termakanlah. Tapi, masa tu saya pun gatal sebab tengah single, takda sesiapa, saya reply.

“Sebelum tu, saya seen je dulu. Tapi, Safawi dia send unsend tau text tu supaya kita perasan message dia. Pastu saya approve dulu DM tu. Lepas tiga hari baru Safawi minta nombor saya dan lepas dua minggu baru kami berjumpa pada 16 Jun,” jelasnya.

Selain itu, Syifa juga sempat mendedahkan antara sebab dirinya tertarik untuk mendekati dan berkenalan dengan pemain bola sepak negara itu.

“Salah satu sebab kenapa saya tertarik dengan Safawi ni sebab dia sejenis ingat semua benda kecil yang saya suka dan tak suka tu dia ingat.

“So begitulah cerita dia. Safawi yang start. Lepas daripada tu kami fikir balik banyaklah perkara coincidence terjumpa apa semua. Macam biasa kami lalui fasa-fasa ujian, penyondol pun ada.

“Tapi kita kena strong lah sebab kita kena tahu apa benda yang kita nak dalam relationship kita. Kita nak sampai ke mana, kalau nak sampai ke tahap tu kita kerja sampai ke tahap tu,” katanya.

@bonnorhidayah Replying to @fatingggggg🍀 ni awak, nasib la syifa sambung cerita kalau tunggu pawi mungkin minggu depan baru habis 🤣🤣🤣🤣 #adikberadikthemelvin #syifamelvin #safawirasid29 #syifawi ♬ original sound – BonNor Hidayah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Sep 2025
Featured Thu, 5 Jan 2023

“Slowly But Surely” – Cantik Bertudung, Ramai Doakan Yuna Rahim Kekal Istiqamah

Perkongsian video pelakon jelita Yuna Rahim atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abd Rahim yang mengenakan hijab meraih perhatian peminat. Memuat naik video tersebut di akaun TikTok, penampilan manis Yuna meraih pujian warganet. “Get ready with […]

Trending Sun, 2 Jun 2019

5 Video Iklan Raya Ni Confirm Buat Korang Tak Sabar Nak Balik Beraya Kat Kampung!

Ada yang sedih, ada yang mencuit hati. Jom layan 5 iklan raya paling EPIK tahun ni!

Hiburan Wed, 26 Mar 2025
Contest Wed, 24 Oct 2018

#xtra好康头 | 送你到云顶高原过个刺激万圣节

想好了即将来临的万圣节去哪里了吗?还没的话,赶快参与「xtra好康头」竞赛,到云顶度过难忘的万圣节!

Trending Wed, 16 May 2018

Gadis Ini Jual 100 Buah Mini Cooper Di WeChat Dalam Masa 5 Minit

Pernah tak korang terfikir nak beli kereta melalui aplikasi WeChat?

Featured Tue, 21 May 2024

Gara-Gara Pertikai Serangan Tentera H*m*s, Azhar Sulaiman Tampil Mohon Maaf

Yang penting Behar mengaku kesilapan yang lain-lain tu masing-masing lah kita perbetulkan ek.😎✌️

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Kos Renovasi Rumah RM 700,000 Bukti Sajat Tak Menyewa

Bentuk rumah masih dikekalkan cuma konsep saja yang ditukar. Kalau anda boleh lihat saya tukarkan wallpaper, perabot, langsir, hiasan dalaman mengikut cita-rasa saya.

Trending Fri, 19 Jul 2019

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara, Menteri Perancis Letak Jawatan

Selebriti Wed, 22 Apr 2020
error: Content is protected !!