Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 15, 2022 @ 8:44pm

Jual Gambar Lucah Di Media Sosial, Lelaki Ini Bakal Berdepan Hukuman Penjara & Denda RM 50,000 Jika…

Seorang lelaki berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjual gambar lucah di aplikasi media sosial tiga tahun lepas.

Selaku Orang Kena Saman (OKS), individu yang dikenali sebagai Mohammad Hafizzul Anas Kamaruzaman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter melalui akaun @lelakilelakise1 telah secara sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Selain itu, OKS juga difahamkan telah membuat hantaran pada 17 Mei 2019, kira-kira jam 10.50 pagi di Tingkat 8, Menara MCMC 1, Cyberjaya, OKS yang tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Manakala, bagi Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali. Dan juga boleh didenda sebanyak RM1,000 setiap hari bagi kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Difahamkan, OKS yang hadir ke Mahkamah Sesyen tidak diwakili oleh mana-mana peguam dan perbicaraan akan bersambung semula 19 Julai depan untuk sebutan semula kes.

 

Sumber/Kredit Foto: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Mar 2019

Viral Isu Pembuangan Toksik, 34 Sekolah Ditutup di Pasir Gudang

Viral di laman twitter apabila kes pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang menyebabkan murid di sekolah mengalami masalah sesak nafas akibat terhidu gas toksik berbahaya.

Hiburan Thu, 3 Jul 2025

Jovian Mandagie Muflis, Gagal Bayar ‘Pinjaman Persahabatan’ RM5.28 Juta

Jovian Mandagie muflis, gagal bayar hutang lebib RM5 juta

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Featured Thu, 4 Sep 2025

“Kita Minta Allah Lindung Tapi Hanya Syaitan Akan Sakit Hati” – Fazura

Faz tampil menjelaskan sekali lagi bahawa apa yang berlaku petunjuk dari Allah.

Hiburan Thu, 30 May 2019

Curang Dengan Isteri, Cef Fikree Akhirnya Bercerai

Padam ‘the ugly post’…semoga Zuriehan terus tabah hadapi dugaan ini. Doa yang baik-baik!

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Jamal Abdillah Bawa Konsert 3 Suara Ke Ipoh

Tiga penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah, Ameng dan Zamani bakal berkongsi semula pentas untuk konsert 3 Suara pada 6 April depan. Menurut Dato Jamal selaku penganjur dari Binjamal Event Sdn Bhd, beliau memaklumkan pihaknya akan […]

error: Content is protected !!