Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 11, 2023 @ 2:58pm

Hembus Nafas Terakhir Di Sisi Suami, Pelakon Veteran Mek Habsah Meninggal Dunia Akibat Penyakit Paru-Paru

Industri hiburan menerima perkhabaran duka mengenai pelakon veteran Mek Habsah telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.45 pagi Isnin di Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.

Memetik laporan mStar, berita tersebut dikongsikan oleh cucu Allahyarham, Huraimi Hilman, 26, memberitahu bahawa pelakon tersebut telah menerima rawatan di pusat perubatan itu sejak 12 Julai lalu.

“Arwah nenek dah menerima rawatan sejak dua bulan lalu dan sudah lama bergantung kepada tabung oksigen.

“Keadaan paru-parunya semakin lemaj sebelum disahkan meninggal dunia,” jelasnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Huraimi memaklumkan bahawa Allahyarham telah lama tidak melibatkan diri dalam dunia lakonan dan banyak melakukan aktiviti keagamaan.

“Nenek dah lama tidak berlakon sejak kematian ibu saudara saya. Dia banyak terlibat dengan kerja-kerja keagamaan.

“Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi suami,” kongsinya lagi.

Allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 67 tahun.

Untuk makluman, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Sep 2022

“Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan” – Ayda Jebat

Motif nak cakap belakang kan? Jumpa depan lah

Trending Fri, 2 Oct 2020
Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Wow! Daiyan Trisha Keluar Duit Sendiri Buat Album Inggeris

Album ini bakal memuatkan sebanyak lapan buah lagu. You guys kena support beli album Daiyan Trisha nanti okay!

error: Content is protected !!