Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 11:51am

“Semoga Air Mata Itu Tanda Hidayah” – Siti Hariesa Menangis Hayati Watak, Dipujuk Ustazah Asma’ Harun Curi Perhatian Ramai

Pelakon, Siti Hariesa sekali lagi mencuri perhatian apabila tular satu video memperlihatkan dirinya menangis teresak-esak ketika menjalani penggambaran sebuah drama berunsur keagamaan.

Menerusi video tular di platform TikTok, Hariesa dalam keadaan sangat sebak, tidak dapat menahan air mata meskipun sudah cuba ditenangkan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Situasi itu turut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang tersentuh melihat perubahan ketara pada ekspresi wajah Hariesa, seolah-olah sedang melalui satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Dia bukan saja menjiwai watak… nampak dari raut wajah Hariesa betul-betul sedang merasakan sesuatu yang tersirat. Semoga lambaian Huda hidayah buat dia. Amin,” komen seorang netizen.

Difahamkan, babak tersebut adalah sebahagian daripada naskhah dakwah yang menampilkan pelakon wanita itu dalam sisi berbeza, jauh daripada watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

Netizen turut memuji pendekatan Ustazah Asma’ yang tampil menenangkan Hariesa dengan penuh kelembutan.

Ramai turut mendoakan agar Hariesa terus diberi kekuatan dan hidayah dalam kehidupan sebenar.

“Kadang kala, lakonan pun boleh jadi titik mula kepada perubahan hati… semoga dia terus kuat,” tulis seorang pengguna TikTok.

@viu.malaysia

..Jika kamu ingin membalas kejahatan orang yang lakukan.. kamu boleh membalas setimpal dengannya.. namun, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐚𝐟𝐤𝐚𝐧,𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢𝐦𝐮.. #LambaianHuda #DramaViu #ViuMalaysia #FirstOnViu 🗓️ Minggu AKHIR | Khamis – Sabtu | 12pm ▶️ Strim Ep 1 – Ep 10 𝙋𝙀𝙍𝘾𝙐𝙈𝘼 di 📲 App Viu | 🌐Viu.com 🔗 [Playlist] https://bit.ly/LambaianHuda 🔥 Upgrade ke Viu Premium sekarang serendah RM5 — strim puas, zero iklan! #ViuPremium #DramaTanpaGangguan 📹 [Pelakon Utama] @hisyamhamid7 @sitihariesa @elvinachua 📹 [Barisan Pelakon]@onlyfauzinawawi @tie_sadaliofficial @fendybakry @yunarahim @haidarhasanudin @arfie_shah 🎥[Pengarah] @azridop 🎬[Penerbit] @aliaramly @adilaramly 🎬[Terbitan] @globalstationsb 🎙️[OST] Bisakah – @ctdk 🖋 Sebuah Drama Adaptasi Novel Karya Mohd Nazmi Yaakub

♬ original sound – Viu Malaysia – Viu Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Malaysia Tolong Buka Mata’- Amylea Mohon Bakat Kaer Azami Tak Dipandang Sepi

Malaysia, wake up! Betul apa kata Amylea tu…sayang sekali kalau orang berbakat besar macam Kaer tak dapat perhatian ramai.

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Shuk Bakal Buka Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Mengakui rezekinya juga semakin bertambah sejak mendirikan rumahtangga tiga tahun yang lalu, Shuk percaya bahawa rezekinya itu datang daripada Isteri dan juga anaknya

Featured Sat, 10 Aug 2024
Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Ini Waktu Terbaik Untuk Saya Muhasabah Diri

Syafiq ketika ditemui di tayang eksklusif Pelangi Cinta di Pavilion menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang melanda dirinya.

Hiburan Wed, 3 Apr 2024

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun

Featured Thu, 12 Jan 2023
error: Content is protected !!