Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 26, 2024 @ 6:48pm

Akhirnya Noh Salleh Buat Permohonan Maaf! Dedah Tidak Tahu Perjanjian Yang Dibuat Oleh Mizz Nina & Ibu Kandung Musa

Penyanyi Noh Salleh akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang diminta oleh ibu kandung anak angkatnya, Musa iaitu Wan Nuraisya Athirah Wan Amizulkhidi.

Menurut Noh, dia akan mematuhi segala tuntutan untuk tidak memuat naik foto anak angkatnya itu di laman sosial miliknya.

“Assalamualaikum, saya Mohammad Noh Bin Salleh ingin memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung, Musa Wan Nuraisya Athirah Wan Amizulkhidi dan akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuat naik gambar muka musa lagi dan akan memadam gambar-gambar Musa diplatform media sosial,” katanya.

Perkara itu dikongsi Noh menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:Diminta Tarik Balik kenyataan & Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Noh Salleh Enggan Komen!

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Kandung Musa Tampil Buka Mulut, Bidas Noh Salleh – “Saya Rasa Dimanipulasi & Digunakan Untuk Kepentingan Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bersubahat Culik Anak Angkat, Ini Jawapan Noh Salleh! – “Saya Dah Buang Ego Contact Dia Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina Hadir Bersama Polis, Noh Salleh Berat Hati Terpaksa Lepaskan Musa – “Hanya Tuhan Tahu Betapa Hancur Hati Saya”

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Hujan itu menegaskan bahawa, tindakannya memuat naik gambar Musa adalah disebabkan dia terlalu rindu akan anaknya itu.

Malah, dia tidak tahu menahu perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isterinya, Mizz Nina termasuklah dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana-mana platform.

“Mengulas balik kenyataan yang dibuat oleh ibu kandung Musa semalam bertarikh 25 January 2024, saya ingin menyatakan bahawa perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

“Saya tidak tahu menahu akan perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isteri saya, Mizz Nina di mana kami dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana-mana platform.

“Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawaah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini,”jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai isu manipulasi yang dibangkitkan Athira, Noh berkata, perkara tersebut adalah tidak benar, kerana persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung dan dia telah bersetuju untuk memberi penjagaan Musa kepadanya secara sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

“Bagi isu manipulasi pula, perkara tersebut adalah tidak benar di mana persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung di mana beliau telah pun bersetuju untuk memberi penjagaan Musa kepada saya secara sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan tidak ada mengenakan apa-apa syarat tentang memuat naik gambar muka Musa.

“Akan tetapi saya faham akan kedudukan beliau sebagai ibu kandung Musa di mana beliau mempunyai hak sepenuhnya ke atas perkembangan Musa dan saya hormati keputusan beliau pada waktu ini.

“Namun, saya, sebagai seorang manusia biasa pasti ada membuat kesilapan kerana tidak memikirkan sensitiviti beliau serta terlalu mengikut perasaan rindu akan Musa telah pun memuat naik gambar anak saya sama seperti ibu bapa lain di luar sana.

“Saya juga ingin tekankan bahawa saya masih tetap dgn pendirian saya sebelum ini di mana, apa yang penting bagi saya ialah kesihatan mental dan fizikal Musa,” ujarnya.

Justeru, Noh memohon maaf terhadap kekeliruan yang timbul dan berharap agar  isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Mon, 3 Mar 2025

Atikah Suhaime Sarat Hamil Tapi Tetap Rajin Masak Untuk Keluarga, Netizen Doa Dipermudah Urusan Bersalin

Atikah Suhaime gigih memasak untuk keluarga. tengah sarat mengandung

Events Tue, 8 Jan 2019

Our Sanrio Times Exhibition Extended til February!

There’s more time for family fun.

Hiburan Wed, 11 Dec 2024
Trending Sun, 26 Jan 2020

Gempa Bumi Landa Timur Turki

Berjaga-jaga ya semua

Hiburan Tue, 8 Apr 2025
Hiburan Sun, 11 Aug 2024

FUGŌ Tampil Dengan Album Sulung Berjudul “99”, Umumkan Siri Jelajah

FUGŌ lancarkan album 99 sebagai ‘tanda rasmi’ kehadiran mereka ke dalam industri.

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

“Saya Tak Ikuti Perjalanan Hidup Dia” – Erma Fatima Nafi Karya Baharu Ada Kaitan Dengan Da’i Syed

“Apa yang berlaku kepadanya, saya sendiri tidak pasti kesahihannya” – Erma Fatima

Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Dynas terkejut membaca komen Netizen

Bawak banyak bersabar Dynas

error: Content is protected !!