Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 26, 2024 @ 3:35pm

Diminta Tarik Balik kenyataan & Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Noh Salleh Enggan Komen!

Penyanyi Noh Salleh enggan memberikan sebarang komen susulan tuntutan ibu kandung anak angkatnya, Musa yang dibuat pada Khamis.

Memetik laporan Harian Metro, Noh atau nama penuhnya, Mohammad Noh Salleh, 38, menolak untuk memberikan kenyataan disebabkan keadaannya yang terlalu sibuk.

“Tak nak. Saya ‘busy’ sekarang,” katanya.

Sebelum ini, ibu kandung musa yang dikenali sebagai Athira, mendesak Noh untuk membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kenyataan yang dibuatnya dalam program Melodi baru-baru ini, sekaligus meminta untuk vokalis kumpulan Hujan itu memadam foto milik anaknya di media sosial dalam tempoh 24 jam.

Malah, Athira berpendapat dirinya telah dimanipulasi oleh penyanyi itu.

“Apa yang nak dikongsikan di sini, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan di atas kepentingan dia (Noh).

“Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan ‘Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.’

“Disebabkan itu saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media.

“Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga,” jelasnya.

Terdahulu, Noh didakwa bersubahat dengan pembantu rumahnya untuk membawa lari Musa sehingga emosinya sedikit terganggu.

Bagaimanapun, bekas isterinya, Mizz Nina dan suaminya, Essam hadir bersama anggota polis dan beberapa individu lain yang tidak dikenali datang mengambil Musa disebabkan kanak-kanak itu berada di bawah jagaan interim dibawah perintah mahkamah syariah.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Kandung Musa Tampil Buka Mulut, Bidas Noh Salleh – “Saya Rasa Dimanipulasi & Digunakan Untuk Kepentingan Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bersubahat Culik Anak Angkat, Ini Jawapan Noh Salleh! – “Saya Dah Buang Ego Contact Dia Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina Hadir Bersama Polis, Noh Salleh Berat Hati Terpaksa Lepaskan Musa – “Hanya Tuhan Tahu Betapa Hancur Hati Saya”

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Kata-Kata Ahmad Dhani Menerusi Surat Dari Penjara Bikin Sebak

Semoga Ahmad Dhani dan keluarga terus kuat!

Featured Sat, 17 Dec 2022

Muncul Dengan Single Baby Papa, Pendekar Band Warnai Industri Muzik Tanah Air

Pendekar Band mula mewarnai industri muzik tanah air apabila muncul dengan single terbaharu berjudul Baby Papa. Bakat Pendekar Band telah dicungkil menerusi program realiti anjuran Hot FM (Lagu Cari Tuan) pada Julai 2022. Rezeki menyebelahi […]

Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Intan Najuwa Dicemuh Kerana Tak Reti Isi Minyak Kereta?

Alamak, betul ke ni? Dia bergurau je kot…

Featured Wed, 14 Dec 2022

Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya”

MashaAllah beruntungnya dapat jumpa insan-insan hebat di Tanah Suci.

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Amylea Azizan Mahu Pecah Tradisi Demi Nur 2

Bercerita tentang runut bunyi istimewa bagi drama rantaian Nur yang menerima lebih 10 juta tontonan sebelum ini, Amylea bakal menghasilkan sesuatu yang istimewa!

Featured Wed, 22 May 2024
error: Content is protected !!