Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 17, 2022 @ 4:42pm

Muncul Dengan Single Baby Papa, Pendekar Band Warnai Industri Muzik Tanah Air

Pendekar Band mula mewarnai industri muzik tanah air apabila muncul dengan single terbaharu berjudul Baby Papa.

Bakat Pendekar Band telah dicungkil menerusi program realiti anjuran Hot FM (Lagu Cari Tuan) pada Julai 2022.

Rezeki menyebelahi Pendekar Band yang dianggotai oleh 5 orang iaitu Achik, Muhammad Adam, Paan Fauzi, Amir Sedadi dan Muhammad Arif yang berjaya bergelar finalis program Lagu Cari Tuan.

Lagu yang dihasilkan iaitu Baby Papa ini turut menggandingkan Pendekar Band dan adik Marsha yang merupakan finalis Idola Kecil Di Rumah, sebuah program realiti terbitan TV3.

Gandingan antara Pendekar Band dan adik Marsha atau nama sebenarnya, Nur Marsha Auni Zahira sangat unik kerana mereka terdiri daripada genre muzik yang berbeza.

Keunikan ini sudah tentu dapat menghiburkan pendengar yang inginkan kelainan.

Menurut Pendekar Band, lirik lagu Baby Papa ini mempunyai mesej yang sangat bermakna serta mendalam kerana ia menyentuh tentang hubungan kekeluargaan.

Mengisahkan tentang seorang ayah yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan keluarga tersayangnya bahagia dan setiap rintangan kesukaran yang dihadapi, dilalui dengan penuh ketenangan untuk memastikan ukhuwah kekeluargaanya terjaga.

Lagu Baby Papa edaran Alternate Records ini merupakan hasil ciptaan Huzaimy Basir dan lirik Aliff Hassan serta video boleh didapati di Saluran YouTube Alternate Records dan Talents.

Lagu Baby Papa juga sudah boleh mula didengari di semua pelantar digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Syarat Utama Saya Adalah…” – Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri

Macam mana agaknya bunyi kalau berduet dengan Raja Pop Malaysia ni kan?

Featured Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Alami Komplikasi Paru-Paru, Doakan A.Rahman Hassan

Beliau kini direhatkan untuk rawatan & pantauan lanjut hospital. Jom doakan agar Dato A Rahman Hassan dikurniakan kesembuhan…

Hiburan Sun, 14 Oct 2018

RESPECT! Bila Konduktor Muzik Terkenal Bongkar Rahsia Khai Bahar Yang Orang Lain Tak Tahu

Saya kata dasat hang Khai. Depa kenai hang dan tahu bila hang sampai sini. Banyak paparazi ni…Itulah kuasa laman sosial.

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Inteam Bakal Gegar Axiata Arena Dengan Konsert 25 Tahun Nur Kasih

Inteam bakal mencipta sejarah tersendiri dengan konsert mega 25 Tahun Inteam Nur Kasih di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Februari 2026.

Hiburan Fri, 15 Nov 2019
error: Content is protected !!