Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 2, 2023 @ 12:00pm

Laki Bini Ting Tong, Reen Rahim & Suami Tak ‘Fake’ Di Media Sosial – “Malas Nak Cover-Cover”

Pelakon Reen Rahim menyatakan dirinya lebih selesa menjadi diri sendiri setiap kali membuat content bersama suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di media sosial.

Terkenal dengan perkongsian yang mencuit hati di media sosial, Reen turut mengakui dirinya tetap mempunyai fasa naik dan turun dalam berumah tangga.

“Tahu tak time sweet, time comel tu bolehlah nak itu nak ini. Time macam anjing dengan kucing tu kau rasa sempat nak record? Sama je kitorang ada draf kami.

“Kadang macam comel, dalam saya ada macam-macam boleh jadi. Kadang kami comel manja, kadang kami macam kawan-kawan. So, jangan ingat sweet sangat, kadang-kadang ada yang berapi juga,” katanya.

Memetik laporan mStar, pelakon yang membintangi drama Pujaan Hati Kanda itu turut mengakui dia bersama suaminya hanya akan serius apabila perlu fokus bekerja meskipun sentiasa kelihatan aktif di media sosial.

“Dia pun sama, penat aku. So maknanya dia penatlah kalau aku penat. Kami akan tenang kalau macam kena fokus kerja. Kami akan jadi karakter yang berbeza bila fokus kerja terus matang macam tu.

“Tapi kalau kat rumah bila free tu kami macam aktif macam terlebih gula tu. So dua-dua penat, kalau tak dia kacau saya, saya yang kacau dia. Kalau kami balik, mak ayak kami pun penat tengok muka kami kat rumah tu.

“Kami tak ada nak cover-cover, malas dik nak cover-cover. Penatlah kau nak play angel sangat. Takyahlah, jadi diri kau. Take it or leave it. Suka, sukalah tak suka sudah,” jelasnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Oct 2024
Hiburan Thu, 5 Jul 2018
Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Tue, 29 May 2018

Cerita Artis Plastik, Kenapa Janna Nick Naik Angin?

Saya bukan orang yang bermuka-muka dan saya orang yang sangat jujur. Kalau dia nak plastik dengan saya, tak payah la…

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Aktor Glee Ditemui Mati Gantung Diri

Kematian Mark Salling memeranjatkan dimana pelakon ini ditemui mati dengan menggantung diri, awal pagi semalam.

Events Fri, 29 Jul 2022

Kes R*gol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari Lagi

Moga keadilan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah

Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

error: Content is protected !!