Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 27, 2020 @ 10:38am

Lagu Cinta Kita 2: Tetap Bersiaran Ahad Ini, Hael Husaini Bakal Digantikan Kerana…

Program realiti Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) yang dihoskan oleh Elly Mazlein akan tetap bersiaran untuk minggu ketiga pada Ahad ini.

Memetik laporan Harian Metro, Penerbit Eksekutif LCK2, Muhammad Sufian Che Isa berkata, pada minggu ini, juri tetap Hael Husaini bakal digantikan dengan orang lain kerana dia masih menjalani kuarantin selepas terlibat dengan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) minggu lepas.

Ahad lalu, episod ketiga SFMM35 ditunda kerana salah seorang penyanyi yang terlibat dengan episod pertama, Alif Satar disahkan positif Covid-19.

“Setakat ini, LCK 2 pada minggu ini masih diteruskan Ahad ini. Buat masa ini, tiada arahan program hiburan ditunda.

“Cuma, untuk minggu ini, juri tetap iaitu Hael Husaini akan digantikan dengan juri lain kerana dia masih menjalani kuarantin selepas terbabit pada SFMM 35. Juri lain iaitu Mas Idayu dan Ajai masih ada.

“Kru produksi LCK2 pula memang tidak terbabit dengan SFMM 35. Begitu juga lokasi yang berbeza. Jadi, tidak ada sebarang masalah.

“Namun, pada minggu ini kita lebih perketatkan peraturan. Sebelum ini sudah ketat, tapi kali ini lebih ketat lagi. Saya sudah mewajibkan semua kru, artis dan pihak yang terbabit pada LCK2 minggu ini untuk menjalani ujian saringan terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Sufian lagi, penerbitan program itu dipantau Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak minggu pertama ia bersiaran.

“Apabila buat rancangan hiburan, masa awal-awal lagi kami sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Tetap akan ada risiko.

“Disebabkan itu, penting untuk patuh prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan. Macam SOP di studio, semua orang faham. Tapi, kita tidak boleh jangka jangkitan dari luar.

“Jadi saya sentiasa pesan kepada semua supaya berhati-hati kalau di luar yang mana kena ikut SOP. Untuk LCK2 ini, lebih kurang 60 orang terbabit merangkumi kru penerbitan, artis dan lain-lain. LCK2 dipantau oleh MBSA dan mereka akan datang buat pemeriksaan pada setiap minggu.

“Untuk minggu ini, saya minta kepada artis untuk tidak membawa ramai orang. Kalau mereka bawa pegawai perhubungan awam, pengurus, jurusolek dan pereka fesyen atau yang tidak berkenaan, kena duduk dalam bilik saja,” katanya.

Jangan lupa saksikan LCK2 setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 Jul 2020

Malaysia Bakal Alami Kegawatan Ekonomi Lebih Dasyat? Ini Jawapannya..

Umum mengetahui, Malaysia kini mengalami kegawatan ekonomi yang merundum. Semenjak PKP bermula, kerajaan terpaksa menanggung kerugian hampir berbillion. Kadar inflasi ini membimbangkan rakyat dan muncul persoalan sekiranya kegawatan ekonomi ini lebih dasyat berbanding apa yang […]

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Pengikut Instagram Tak Ramai, Izzul Faiq Teruja Diberi Peluang Bintangi Filem Arahan Adrian Teh

Izzul Faiq membawa karakter antagonis dalam filem terbaharu arahan Adrian Teh.

Trending Mon, 3 Jun 2019

队友「吃鸡」太弱!让男气到心脏骤停

队友「吃鸡」太弱! 16岁少年玩六小时狂输,气到心脏骤停~

Gaya Hidup Wed, 6 Apr 2022

Philips Steam Generator Jamin Tiada Kesan Bakar Pada Pakaian

Kerja menggosok pakaian bukanlah kegemaran semua. Lebih-lebih lagi ketika mengejar masa untuk ke tempat kerja, menggosok baju yang banyak kedutan memerlukan masa lebih lama. Membantu rakyat Malaysia menyelesaikan tugas menggosok baju penuh gaya, Philips memperkenalkan […]

Featured Sat, 11 Feb 2023

“Sempat Beribadah, Tapi Hati Kotor! Jahil Lagi Kamu“ -Shakilla Khoriri Tegur Siapa Tu?

“Stop menunding jari pada orang lain. Lihat keliling kamu. Adakah ahli keluarga kamu manusia yang BAIK?” Alamak, Shakilla marah siapa tu?

error: Content is protected !!