Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 11, 2023 @ 8:30pm

“Sempat Beribadah, Tapi Hati Kotor! Jahil Lagi Kamu“ -Shakilla Khoriri Tegur Siapa Tu?

Perkongsian terbaru, Shakilla Khoriri di Instagram Story mengundang 1001 persoalan yang meluahkan rasa berang terhadap individu.

Meskipun tidak menyebut nama, Shakilla seakan mengkritik individu yang dipercayai seorang wanita kerana tidak mampu membersihkan hatinya meskipun menunaikan ibadah.

“Sempat record tengah makan. Tapi tak sempat nak makan. Bukan perempuan yang complicated tapi manusia nowadays. Sempat solat, sempat p Umrah, sempat bersedekah tapi tak sempat nak bersih hati sendiri.

“Duit banyak, kerja bagus. Belajar pandai tapi ada ada yang ilmu agamanya seperti orang yang tak pernah belajar tentang agamanya.

Tidak habis disitu, ibu anak satu ini menemplak individu tersebut kerana sering menunding jari terhadap orang lain setiap kali timbul sebarang isu.

“Bila sesuatu berlaku disalahkan orang lain. Sibuk menunding jari pada orang. Menjulang diri sendiri tinggi setinggi langit. Rasa hebat menjatuh hukum pada kesalahan orang lain tapi terlupa lihat diri sendiri yang konon tak pernah buat salah dan dosa.

“Sejahil-jahil manusia yang JAHIL hati ini lebih bersih dan mulia jika dibandingkan dengan KAMU yang membungkus badan sehingga terlupa untuk bercermin diri. Rasa HEBAT, rasa dah terlalu BAIK tapi jika hati dan niat tak cantik, KAMU lebih keji dari kami yang jahil,” tulisnya

Bekas isteri penyampai radio ini memohon individu tersebut untuk muhasabah dan perbaiki diri sendiri.

“Please stop. Kalau nak yang terbaik, REPAIR diri sendiri dulu. Stop menunding jari pada orang lain. Lihat keliling kamu.

“Adakah ahli keluarga kamu manusia yang BAIK? Adakah kamu sendiri seorang manusia yang BAIK? Adakah kamu jalankan tanggungjawab dengan BAIK? Tepuk dada tanya selera,” tulisnya.

Di hantaran instagram lain, Shakilla sempat menyelit sepotong kata yang pedas.

“Ada seorang nenek pernah pesan… kalau nak membaling batu, sasarkan pada arah yang tepat. Kalau tersasar bimbang batu melantun terkena balik sendiri,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Thu, 25 Apr 2024

Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

Menipu, membelakangkan ibu adalah kesalahan besar buat anak-anak apatah lagi bila kes macam ni. Kesian lah dekat mak bapak👀🤧

Featured Thu, 24 Mar 2022

Pelan Perlindungan Insurans Sehingga RM10,000 Akibat Kematian Isi Rumah – PM

Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

Featured Tue, 16 Jun 2020
Events Tue, 9 Jul 2019

不排除来马取景拍MV!伍佰想挑战演「女生」

伍佰新歌《最美的时刻》MV过足戏瘾,直言想挑战饰演女生,并不排除将来会在大马取景拍摄!

error: Content is protected !!