Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 19, 2024 @ 7:14pm

“Win-Win Situation” – Selesa & Akrab Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Restui Pernikahan Afdlin Shauki Dengan Rakan Sendiri

Anak pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara memaklumkan sambutan hari raya Aidilfitti diraikan dengan meriah bersama ibu tirinya, Datin Marcella.

Jelas Mia, mereka satu keluarga berada dalam keadaan selesa dan tidak kekok antara satu sama lain.

Malah, aktor filem Geng Kubur ini terbuka menerima keputusan Afdlin untuk berkahwin dengan pilihan hatinya, Marcella meskipun ibu tirinya itu tiga tahun lebih tua berbanding Mia.

Afdlin Shauki

“Kemeriahan hari raya tahun ini okay sahaja. Kami bahagia, Tak ada apa-apa perasaan buruk. Memang raya tahun ni sangat bahagia bagi saya.

“Tak ada apa nak risau. Kami dalam satu rumah yang selesa dan meriah,” ujarnya.

Ketika ditemui XTRA, Mia berkata dia sudah lama mengenali ibu tirinya dan mempunyai hubungan yang sangat erat.

“Mia dah kenal dia lama (ibu tiri). Jika ayah saya bahagia dengan kawan saya (isteri baharu), saya okay sahaja.

“Saya dah rapat dengan dia. Saya terima apa-apa keputusan yang ibu bapa saya buat untuk gembira.

“Saya anak dia. Saya tak nak tengok ibu bapa saya tak gembira. Bila bapa saya bahagia sekarang, saya rasa bagus untuk dia. Saya tak nak halang semua.

“Sama juga ibu bapa saya, mereka pasti nak tengok saya gembira. Jadi ‘win win situation’,” katanya.

Afdlin Shauki

Mia berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana dan Sidang Media Filem Geng Kubur, di GSC Starling Mall, semalam

Mia Sara membintangi filem Geng Kubur iaitu naskhah komedi seram arahan Gavin Yap. Selain Mia Sara, pelakon muda lain seperti Firdaus Sufiyan, Lion Chong dan Sasidaran bertindak sebagai teraju utama.

Filem terbitan Iron Hill Media Sdn Bhd yang berkisar empat sekawan menjadikan tanah perkuburan sebagai lokasi melepak, menemui penonton di pawagam di seluruh negara, mulai Khamis depan.

Sebelum ini, Afdlin akhirnya mendedahkan wajah isteri barunya, Datin Marcella setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga bersama.

Sekadar info, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga dengan Maria Christina Orow pada 1997, namun, mereka berpisah pada April 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Artikel Berkaitan: Afdlin Shauki Sengaja Bagi Mia Sara Watak Perempuan Berhijab Dalam Filem Sendiri – “Saya Nak Dia Bertudung”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

“Tak Nak Berhutang, Tiada Komitmen Tinggi” – Anzalna Nasir Mahu Hidup Tenang, Nikmati Masa Bersama Keluarga

Menurut Anzalna, dia kini lebih selesa menikmati kehidupan dengan melakukan perkara yang membuatkannya gembira termasuk melancong dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Sun, 24 Mar 2019

Kecewa Dituduh Perosak Rumah Tangga, Nina Iskandar Beri Amaran!

Tegas pelakon berusia 27 tahun itu, hubungannya dengan penolong pengarah berkenaan hanyalah atas dasar profesional dan tidak lebih dari itu.

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Kenapa Dayah Bakar Berdebar Naik Pelamin?

Menurut Dayah, sebaik sahaja majlis akad nikah selesai, dia dan Haniff akan diraikan pula pada satu lagi majlis persandingan yang akan diadakan di Ampang. Dan, majlis bertandang pula kaan diadakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 7 Julai nanti

Hiburan Thu, 27 Jun 2019
Events Sun, 3 Mar 2019

李幸倪终于回马开唱!星途艰辛爸爸很自责

李幸倪终于回马开唱!出道10年星途艰辛,让爸爸很自责是否给女儿选错了路~

error: Content is protected !!