Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 9, 2024 @ 6:12pm

Bawa Watak Antagonis, Saidah Kamarudin Trauma Terima Mesej Ugutan – “Aku Rasa Nak Baling Kalau Jumpa Kau Dekat Luar”

Pelakon Saidah Kamarudin mengaku terkejut apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab meninggalkan komen berbaur ugutan terhadapnya.

Kata Saidah atau nama penuhnya, Nur Saidah Syahirah Kamarudin, 27, mesej ugutan tersebut adalah sangat melampau memandangkan apa yang dilihat penonton di kaca televisyen hanyalah lakonan semata-mata.

“Saya baru perasaan rupanya video di belakang tabir Dedaun Hijau Di Angin Lalu yang Rubiah campak pinggan dekat Intan tu viral di Facebook.

“Bila baca komen majoriti memang rasa benci tengok watak Rubiah. Tapi bila adayang komen sampai nak baling pinggan dekat luar tu agak melampau,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Saidah juga mengaku sebelum ini dia tidak pernah menerima mesej berbentuk kecaman memandangkan watak yang dibawakan juga baik.

“Dulu saya selalu pegang watak yang baik jadi komen yang diberikan juga positif.

“Tapi tahun ini, saya asyik membawakan watak antagonis jadi barulah merasa kena komen yang agak kasar,” jelasnya.

Mengaku trauma dengan komen yang diberikan, dia bagaimanapun bersyukur kerana watak yang diberikan berjaya dibawakannya sehingga penonton juga turut merasa benci terhadapnya.

“Adalah trauma sikit, tapi tak adalah sampai takut keluar rumah… saya okay lagi. Maksudnya menjadi lah watak jahat yang saya bawakan sampai orang pun rasa benci,” tambahnya.

Meskipun terkejut dengan respons yang diberikan netizen, tunang kepada pelakon Muntazar Gufran ini tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap  individu tersebut sebaliknya akan mnegupah pengawal peribadi untuk menjaganya.

Dalam pada itu, dia juga menitipkan pesanan agar orang ramai di luar sana tidak terbawa-bawa dengan watak jahatnya memandangkan, itu hanyalah lakonan dan dia hanya menjalankan tugas yang diberikan sahaja.

“Tak adalah sampai nak ambil tindakan. Tapi kalau melampau sangat, mungkin saya akan hire orang untuk jaga saya.

“Dan, saya nak pesan ini hanyalah lakonan. Kena bezakan denagn realiti. Kami sebagai pelakon hanya menjalankan tugas yang diberi,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Suami Lufya Buat Laporan Polis, Dakwa Imej Tercemar

Selepas memilih untuk tidak mengulas panjang apabila isterinya, pelakon, Lufya Omar kerap membuat kenyataan negatif tentang pergolakan rumahtangga mereka, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum akhirnya membuat laporan polis terhadap isterinya itu. Dr Che Muhammad […]

Events Fri, 9 Aug 2019

筹备三年!黄彩菱首发EP勇闯华语乐坛

从小受英语教育的Natalia黄彩菱努力筹备了三年,终於正式推出首张个人EP 《I Dare You To》勇闯华语乐坛。

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Ed Sheeran Ciplak Lagu Lama?

Saman yang dikemukakan oleh syarikat yang memiliki sebahagian hak cipta lagu itu, Structured Asset Sales, mendakwa lagu Thingking Out Loud dilaporkan sama dengan lagu berjudul Let’s Get It On nyanyian Marvin Gaye.

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

[VIDEO] DSV & Cik B Bergelut Dalam Bilik Air, Gara-Gara Seekor….

Aduh nasib baik ada Mama kan boleh tolong tangkap spider

Featured Wed, 31 Jul 2019
Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

Norish Karman dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Luar Biasa…Kutipan Munafik 2 Berjaya Cecah RM 1 Juta Di Indonesia!

Atas sambutan yang luar biasa, Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memaklumkan jumlah panggung juga ditambah atas permintaan pemilik pawagam.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Featured Fri, 27 Oct 2023
error: Content is protected !!