Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 3, 2023 @ 5:25pm

“Syabas Sebab Aku Tak Maafkan…” – Mila Jirin Dituduh Tak Hargai Pekerja Gara-Gara…

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa terkilan apabila dia dituduh tidak menghargai pekerja gara-gara tidak memberi bonus pada hari raya lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, meskipun tiada bonus, dia tidak lupa untuk memberikan duit raya kepada 200 orang pekerjanya itu.

“Harini aku sangat sedih. Aku pilih untuk jadi seorang majikan. Aku selalu fikir apa lagi dapat aku bagi manfaat pada team.

“Bila harini ada seorang hamba Allah fitnah aku tak hargai team aku sebab aku tak bagi bonus bulan raya lepas dan bagi duit raya sahaja pada dua ratus lebih orang team aku,” katanya.

Menurut Mila, pekerjanya sudah sedia maklum bonus akan diberi seperti yang dijanjikan namun tidak menyangka isu tersebut dibangkitkan oleh individu lain.

Malah, tuduhan itu telah menggores hatinya sehingga dia tidak dapat memaafkan individu berkenaan.

“Pedihnya. Aku tak tahu nak cakap sebab orang tu cakap macam dia dah dok sembang dengan aku tanya plan aku dengan team management.

“Team pengurusan dah aku maklumkan apa target dan bila bonus akan dikuatkuasakan. Tapi itu lah manusia, bila menulis memang untuk menyakiti hati manusia lain.

“Syabas kau berjaya tapi syabas jugak sebab lagi aku tak maafkan. Pergi tanya ustaz-ustaz apa kau kena buat,” ujarnya.

Sementara itu, suaminya juga turut memberi kata-kata pujukan agar tidak terus bersedih dengan kata-kata individu berkenaan.

“Tadi suami aku tegur aku sambil aku lap air mata. Suami kata ‘Hidup kita kini bukan untuk pujian. Apa kita buat bukan untuk perhatian manusia tapi perhatian Allah’.

“Allah pilih aku jadi majikan. Allah pilih aku untuk jadi majikan. Sebulan Allah izinkan aku kongsi rezeki dengan team aku setengah juta sebulan untuk gaji sahaja. Belum KWSP, SOCSO semua itu,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 29 Jul 2019
Trending Wed, 28 Oct 2020
Hiburan Tue, 5 Nov 2019

11 Tahun Pegang Status Janda, Yuni Shara Tetap ‘Cool’

Kalau takdir saya bersendiri tanpa pasangan sehingga tua, saya okay…

Trending Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Trending Tue, 14 Jul 2020
Hiburan Sat, 7 Feb 2026

Cerai, Lari Ke PD & Jumpa Cinta Baharu! Zara Zya ‘Bergaduh Manja’ Dengan Jazmy Juma Dalam Namamu Cinta

Saksikan Namamu Cinta bermula 14 Februari ini, setiap Sabtu dan Ahad, eksklusif di Tonton.

error: Content is protected !!