Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 26, 2023 @ 1:30pm

Faizal Hussein Tak Halang Anak Ceburi Industri Hiburan, Tapi Harus Utamakan Pelajaran – “Ke Mana Tumpahnya Kuah…”

Pelakon senior Faizal Hussein tidak menghalang anak-anaknya untuk menceburi industri hiburan sebagai kerjaya.

Menurut Faizal, darah seni dalam dirinya turut mengalir dalam diri anak-anaknya, Fazryn Faizal, 18 dan Fazrick Faizal, 15, kerana mereka menunjukkan kecenderungan dalam bidang seni.

“Anak mana yang kuahnya tidak tumpah ke nasi, saya pun bukan nak jadi pelakon pun dulu. Tapi hari ini, saya jadi pelakon disebabkan pengaruh bapa,” jelasnya.

Faizal berkata, kedua-dua anaknya telah menerima tawaran untuk berlakon sejak mereka kecil lagi namun dia dan isteri, Suhaila Sulaiman menitikberatkan pendidikan anak-anak.

“Pelajaran perlu diutamakan. Lebih-lebih lagi, isteri saya amat tegas soal pelajaran anak-anak. Sebagai ibu bapa, kami ingin anak-anak menghabiskan pelajaran terlebih dahulu sebelum berkecimpung dalam karier hiburan.

“Sekarang ini waktu belajar, memang saya tak izinkan mereka berlakon. Habiskan belajar dulu,” katanya kepada XTRA.

Bimbang seandainya anak-anaknya terus menceburi industri hiburan tanpa ilmu yang secukupnya, Faizal mengaku gelaran anak seni bukannya mudah kerana perlu menempuh pelbagai rintangan dan cabaran.

“Ilmu yang kurang menyebabkan artis tidak dapat bertahan lama dalm industri ini. Saya telah memberikan persediaan dan pendedahan kepada anak-anaknya sejak kecil lagi untuk menjadi anak seni sekiranya mereka berminat.

“Saya membawa anak-anak ke set pengambaraan untuk melihat secara lebih dekat situasi sebenar di tempat saya berlakon dan mencari rezeki. Setiap majlis penyampaian anugerah, anak-anak turut dibawa sekali untuk memberi pengalaman dan mereka berpeluang merasai keadaan di pentas yang gah.

“Saya rasa tindakan itu dianggap sebagai latihan awal untuk membuka mata anak-anak supaya melihat realiti kehidupan seorang artis. Pendapatan sebagai artis juga berbaloi, jadi saya tidak menghalang anak-anak jika ingin mengikut jejak langkah saya,” katanya lagi.

Sungguhpun begitu, ditanyakan soal keperluan pendidikan untuk menjadi artis, Faizal tidak menafikan bahawa artis haruslah berpelajaran tinggi.

“Pendidikan tidak hanya terhenti setakat tamat persekolahan tetapi perlu terus dituntut hingga ke menara gading. Artis tidak sepatutnya hanya bergantung kepada populariti dan ‘menjual’ rupa semata-mata. Bakat, penampilan diri dan pengetahuan harus seimbang.

“Industri pada zaman dahulu dengan sekarang sudah berbeza. Zaman dahulu tak perlu nak belajar tinggi-tinggi. Sekarang, pelakon terlalu ramai. Jika ada diploma atau ijazah, kita akan kekal relevan dalam industri dan mempunyai kelebihan. Produksi akan pilih,” jelasnya lagi.

Faizal ditemui di set penggambaran drama bersiri Menanti Senja arahan Faizal Nadxaman yang bakal bersiaran di slot Samarinda TV3.

Terbitan Anomali Media & Production, naskhah ini turut menampilkan Sherie Merlis, Johan As’ari, Trisha Ooi, Kodi Rasheed, Natasya Mahyan dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Netizen Tak Beradab! Nazim Othman Kecewa

Selepas gambar tersebut dikecam netizen, Nazim Othman sekali lagi dilihat memuat naik gambar beliau dengan caption yang lebih deep

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Ahli Keluarga Raikan Hari Jadi Micheal Jackson Ke 60

Dalam masa sama, anak dan anggota keluarga Raja Pop dunia itu turut melancarkan acara lelongan dan menerima pingat pada majlis mengingati mendiang.

Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Nabil Aqil Terkejut Bapa Bina Rumah Kayu Kampung 1928 Bernilai RM500,000 Untuk Majlis Sanding

Pelakon Nabil Aqil tidak menyangka bapanya, Ahmad Zaidi Masri membina sebuah rumah kayu kampung bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh sebagai persiapan untuk majlis persandingannya pada masa depan. Sebagai seseorang yang membesar di bandar, […]

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

太阳闵孝琳「森林系」激美最新婚纱曝光

韩国银色情侣档太阳、闵孝琳交往近4年,他们日前飞往夏威夷拍摄婚纱,特地与杂志配合,随着大婚日期倒数,杂志社《Dazed》一一公开如电影场景般的最新画报,闵孝琳骑在白马上、太阳则是眼神锐利站在前方,粉色系的光线照射下,美到像一幅画。

Featured Sat, 16 Jul 2022

[VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Alamak apa kes ni? Fazura perli siapa? Kesian Faz teruk dikecam 🥲 Niat dia baik, tapi ramai yang salah sangka 😢 Apapun, Che Ta memang sempoi 🫰🏻

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

‘Henti Bandingkan Dengan Neelofa’- Hawa Rizwana Mula Rimas?

Ada yang cakap Hawa try so hard nak jadi macam Neelofa?

Featured Tue, 11 Apr 2023

“Sedarkah Dosa Kamu Yang Telah Menghancurkan Masjid & Buat…” – Luahan Patimah Ismail Curi Perhatian

Sebaknya min 😢 Ibu mentua sedih terpaksa melepaskan menantu kesayangan

Featured Mon, 19 May 2025
error: Content is protected !!