Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 7, 2026 @ 6:52pm

Trisha Ooi Harumkan Nama Malaysia! ‘All Star Championship: Dubai Edition’ Lonjak Standard Global, Jadi Pentas Baharu Sukan Digital

Kemenangan aktres dan pempengaruh, Trisha Ooi di pentas All Star Championship: Dubai Edition antara yang paling mencuri perhatian apabila berjaya menewaskan wakil Indonesia, Dinda Anwar dalam kejohanan yang berlangsung di Dubai, baru-baru ini.

Aksi bertenaga yang dipamerkan Trisha bukan sahaja menaikkan semangat kontinjen Malaysia, malah turut menjadi antara momen paling hangat diperkatakan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung serta mengharumkan nama negara.

Selain Trisha, seorang lagi wakil Malaysia iaitu Amir Harris turut mencatat kemenangan selepas berjaya menundukkan Ridhwan dari Singapura.

All Star Championship: Dubai Edition yang berlangsung di Round 10 Boxing Club, Dubai pada 3 Mei lalu menghimpunkan pempengaruh dan selebriti antarabangsa dalam sebuah kejohanan tinju berkonsepkan gabungan sukan, hiburan dan dunia digital.

Kejohanan tersebut melibatkan 16 peninju dari tujuh negara termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun, Vietnam, Singapura, Maghribi dan Rusia.

Antara keputusan lain yang direkodkan termasuk kemenangan Bombitta dari Rusia ke atas Dinda Annisa dari Indonesia serta Kahoko dari Jepun, selain Nendi dari Indonesia yang menewaskan Mat Alip dari Malaysia.

Turut mencatat kemenangan ialah Hicham dari Maghribi yang menewaskan Oussama, Yuka dari Indonesia yang berjaya mengatasi Abdi serta Filip dari Vietnam yang menumpaskan Dimas dari Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif All Star Influencer Award (ASIA), Datuk Abd Rahman Soltan berkata, kejohanan itu mengambil masa beberapa bulan untuk dirancang bagi memastikan setiap aspek penganjuran berada pada tahap terbaik.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami sangat berpuas hati dengan keseluruhan penganjuran. Sejak awal lagi kami sudah teliti setiap aspek termasuk logistik, keselamatan dan pengalaman penonton supaya acara ini mencapai standard yang kami sasarkan,” katanya.

Menurutnya, komitmen tinggi yang ditunjukkan para peserta juga menjadi antara faktor utama kejayaan kejohanan tersebut walaupun kebanyakan mereka bukan atlet profesional.

“Saya kagum dengan disiplin dan kesungguhan mereka sepanjang menjalani latihan serta persiapan sebelum naik ke gelanggang.

“Mereka membuktikan bahawa pempengaruh dan selebriti juga mampu memberikan persembahan kompetitif apabila diberi latihan dan persediaan yang betul,” katanya.

Menerusi kemenangan tersebut, setiap juara membawa pulang Tali Pinggang All Star Championship serta hadiah wang tunai.

Dalam perkembangan sama, Abd Rahman memaklumkan edisi Malaysia yang dijadual berlangsung November depan kini sudah memulakan proses pemilihan peserta.

“Pemilihan awal sudah bermula dan kami sedang menilai beberapa nama yang berpotensi. Antara perkara yang kami lihat adalah keberanian, disiplin dan kesediaan menjalani latihan intensif.

“Kami mahu pastikan peserta yang dipilih benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal,” ujarnya.

Melihat sambutan positif di Dubai, pihak penganjur turut merancang untuk menjadikan kejohanan tersebut sebagai acara tahunan selain membawa konsep sama ke beberapa negara lain.

“Kami nampak potensi besar dalam gabungan sukan, hiburan dan digital ini. Sebab itu ada perancangan untuk memperluaskan All Star Championship ke peringkat lebih global selepas ini,” katanya.

Kejohanan tersebut turut mendapat perhatian meluas di media sosial seperti Instagram dan TikTok sekali gus membuktikan integrasi antara dunia digital dan sukan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

‘Hilang Sengat’…Sofi Jikan Ke Penjara!

Mahkamah membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Nabil Ahmad Hargai Peminat, Bawa Tunai Umrah

Dalam perkembangan lain, Nabil juga turut mengumumkan bahawa ada ganjaran lain buat peminatnya selain pakej umrah tersebut. Haa, kalau semua nak tahu kenalah tunggu 24 Mac nanti okay

Featured Wed, 17 Jul 2024
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Julia Farhana Berjuang Bantu Pesakit Mental

Bagusnya Julia, ini antara sikap selebriti yang wajar kita contohi. Terbaiklah!

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Di Sebalik Kejayaan Hening Rindu… Rupanya Ikhwan Fatanna Beri 100% Kepercayaan Kepada Marsha Milan

Gabungan mantap Marsha Milan, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh menghasilkan Hening Rindu.

error: Content is protected !!