Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 12, 2023 @ 9:06pm

“Mata Kiri Mungkin Akan Dibedah..” – Tetap Hadir Ke TADS, Fasha Sandha Tunggu Kebenaran Doktor Sebelum Sambung Penggambaran

Pelakon, Fasha Sandha tetap hadir ke Anugerah Tonton Drama Sangat (TADS) meskipun mata kirinya masih belum sembuh sepenuhnya.

Fasha ketika ditemui berkata berkemungkinan matanya itu bakal dibedah, namun perlu menunggu bengkak surut terlebih dahulu.

“Mata kiri belum sembuh sepenuhnya tetapi saya tetap datang atas tanggungjawab untuk produksi dan juga commitment saya sebagai pelakon.

“Tentang mata saya, mungkin kena operate sebab jika dilihat dari segi luaran bengkak tapi dalam tulang mata patah dan ada darah beku.

“Sekarang tengah tunggu masa yang sesuai untuk bedah mata.. Alhamdulillah, saya bersyukur bengkak dah semakin surut.

“Merah dalam mata beransur pulih, dalaman saja yang belum ok. Penglihatan belah kiri tak berapa jelas, tapi belah kanan baik saja,” jelasnya.

Meskipun begitu, Fasha berkata keadaan mata tersebut membuatkan dirinya sering sakit kepala kerana perkara tersebut ada kaitan.

“Kecederaan di mata ini membuatkan saya rasa sangat tidak selesa. Saya masih boleh nampak tapi vision tak jelas,” ujarnya yang ditemui di Putrajaya International Convention Centre (PICC) sebentar tadi.

Mengulas lebih lanjut, ibu anak tiga ini sedang menunggu kebenaran doktor terlebih dahulu sebelum menyambung semula penggambaran telefilem Anak Tuan.

“Saya tengah tunggu keizinan dari doktor dahulu sama ada boleh meneruskan penggambaran ataupun tidak,” katanya.

 

Fasha hadir ke TADS ditemani oleh adiknya, pelakon Elisya Sandha.

Pelakon jelita ini juga dicalonkan untuk kategori pelakom terbaik wanita, pelakon antagonis terbaik menerusi drama Khilaf Asmara.

Terdahulu, Fasha dilaporkan cedera di mata kirinya selepas terhentak di bucu katil semasa melakukan penggambaran bersama aktor Azhan Rani.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Art of Speed 2026 Gegar MAEPS Ogos Ini, Festival SoundCircus Kembali Dengan 54 Pemuzik

Art of Speed 2026 dan Festival SoundCircus bakal kembali!

Featured Mon, 19 Jul 2021

Dilarang Ziarah Hari Raya Aidiladha, Polis Akan Periksa Rumah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan akan membuat pemeriksaan secara rawak di beberapa buah perumahan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti ziarah menziarahi sempena Hari Raya Aidiladha. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) […]

Featured Sat, 30 May 2020

2 negeri dalam Zon Hijau kembali catat kes baharu positif COVID-19

Jangkitan membabitkan warganegara Malaysia

Trending Fri, 1 Mar 2019

Tunjuk ****** Safiey Illias Nak Buktikan Apa Tu?

Inilah dia tanda-tanda manusia diakhir zaman

Trending Fri, 18 Oct 2019

Hanya Kerana Marah Dua Beranak Dikerat

Bertindak di luar kawalan mengerat anggota badan

Events Sun, 30 Mar 2025

“Masih Ada Yang Ingat Saya Beragama Islam” – Tony Eusoff

Tony Eusoff apabila pernah diminta untuk menunjukkan kad pengenalannya dek kerana makan pada waktu siang pada bulan Ramadan.

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Anuar Zain Teringin Rakam Lagu ‘Korean Ballad’

Ada mana-mana komposer berminat tak? Mana tahu korang boleh cuba nasib.

error: Content is protected !!