Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 16, 2019 @ 10:45am

Anuar Zain Teringin Rakam Lagu ‘Korean Ballad’

Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia kini membuka peluang dan ruang kepada mana-mana komposer untuk menyumbangkan lagu kepadanya.

Namun begitu, penyanyi berusia 50 tahun ini meletakkan syarat yang mana lagu berkenaan harus menepati citarasa dan jiwanya.

“ Saya kini sibuk mencari lagu untuk album terbaharu. Dalam masa sama, saya beri peluang kepada mana-mana individu untuk menonjolkan bakat mereka dalam penulisan lagu.

“ Insha Allah jika lagu itu menepati citarasa saya, pasti ia akan menjadi pilihan. Saya juga perlu mengambil kira citarasa pendengar masa kini oleh itu kalau boleh saya mahu bawakan lagu ‘Korean Ballad’,” katanya ketika ditemui di sidang media Star Vendor di PWTC, semalam.

Sementara itu, pelantun lagu Keabadiaan Cinta ini memberitahu berkemungkinan dia akan berduet dengan idolanya yang merupakan penyanyi terkenal Indonesia.

“ Saya tidak boleh beritahu sekarang siapa orangnya. Apa yang boleh saya cakap, saya kagum dengan pencapaiannya dan beliau merupakan salah seorang idola saya.

“ Insha Allah jika tiada aral melintang, saya akan berduet dengan beliau. Kami masa dalam proses perbincangan,” akhirinya.

Kali terakhir adik kepada penyanyi Ziana Zain ini menghasilkan album bertajuk ‘Anuar Zain’ adalah pada tahun 2016.

Album itu turut mengandungi lapan buah lagu termasuklah sebuah lagu lama berjudul Hujan yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj.Arshad.

Oleh: SGMS Fas/ Nabil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Wed, 10 Aug 2022
Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Sat, 16 Dec 2017

WESTLIFE WILL BE HAVING A REUNION IN 2018, BUT THERE’S A TWIST

Westlife fans must be going crazy at this news right now but hold your horses, because it won’t be a full reunion!

Featured Thu, 18 Jun 2026

Stop Fikir Pasal Kahwin, Fathia Latiff Cari Kebahagiaan Di Usia 40 – “Lain Lah Kalau Rasa Diri Masih Hot, Masih Ada Harapan”

Fathia Latiff berkongsi pendapat peribadinya mengenai jodoh apabila dia mengakui lebih memilih untuk mencari kebahagian berbanding memikirkan soal perkahwinan.

Automobile Sun, 17 Mar 2019

Jom Sertai Bazaar Selebriti Festival GT Asia Di Sepang F1

Festival perlumbaan ini turut menyaksikan 30 buah jentera lumba GT dari serata dunia dengan ganjaran hadiah wang tunai bernilai RM5.45 juta (RMB 9,000,000)!

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Featured Fri, 6 Mar 2026

Pernah ‘Hilang’ Dari Industri, Adriana Ghafar Tampil Lebih Matang… Kini Bergelar Peguam – “Bagi Saya Tak Ada Istilah Sia-Sia”

Pelakon, pengacara dan juga bekas Naib Juara Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar kini tampil membuat kemunculan semula dalam industri hiburan tanah air selepas berehat panjang.

Featured Wed, 8 Jan 2025

“Itu Bukan Ayah Saya, Itu Fitnah!” – Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa, Anak Zahnita Dakwa Gambar Mata Lebam Zahnita Adalah Foto Lama

Anak sulung Zahnita mengaku bapanya tidak pernah menyentuh ibunya dan adik-beradik yang lain.

error: Content is protected !!