Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 8, 2025 @ 6:10pm

“Itu Bukan Ayah Saya, Itu Fitnah!” – Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa, Anak Zahnita Dakwa Gambar Mata Lebam Zahnita Adalah Foto Lama

Anak sulung kepada pelakon dan model, Zahnita Wilson mendakwa gambar mata lebam seperti yang tular sebelum ini adalah foto lama yang dikongsikan ibunya.

Dakwa Zahrafeena Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, dia tidak pernah melihat ayahnya itu menyentuh ibunya dan tindakan Zahnita memakai kaca mata hitam untuk menutup kesan lebam pada matanya adalah tipu.

Bukan itu sahaja, Zahrafeena mendakwa tuduhan yang dibuat terhadap bapanya itu adalah fitnah.

“Saya sendiri tidak pernah melihat ayah saya menyentuh mak saya. Dan apa yang dikatakan ayah saya adalah betul.

“Dia (Zahnita) pernah posting ada lebam dan pakai kaca mata hitam untuk cover. Tapi masa tu tak ada lebam pun. Dan, ya! Ayah saya tak pernah sentuh langsung saya, adik-adik dan mak saya.

“Apa pun, saya rasa dia ada reason to posted that (kesan lebam dan pakai kaca hitam). Tapi it was not my dad. Simple cakap itu bukan ayah saya, itu fitnah!,”katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Zahrafeena mengaku emosinya terganggu selain kecewa dengan tindakan ibunya yang menjadi punca hubungan keluarga mereka kini renggang.

Bagaimanapun, dia reda dengan situasi tersebut lantas memilih untuk tinggal bersama bapanya.

“Emosi memang terganggu apatah lagi sekarang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebab masa bulan Disember saya kurang study sebab fikirkan family.

“Memang renggang buat masa sekarang, bukannya sebab saya duduk dengan ayah saya. Hubungan kami memang dah tegang dah sejak ayah saya masuk lokap haritu. Saya rasa kecewa sangat bila dia (zahnita) buat macam tu dengan ayah saya. Yang tu memang buat saya kecewa.

“Saya reda dengan apa yang berlaku sebab benda ni memang susah untuk dimaafkan dan saya faham kalau ayah saya tidak mahu bersama. Mak saya juga dah lama dah tak nak bersama dan saya kesiankan adik-adik saya.

“Last jumpa mereka (adik-adik) pun minggu lepas dan mereka semua okay.

“Saya tak diminta untuk duduk dengan ayah saya, saya memang sendiri pilih untuk duduk dengan ayah saya kerana ia paling sesuai. Lagipun, sekarang ni saya SPM,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Sedia Lafaz Talak Dengan Syarat..” – Suami Dakwa Zahnita Wilson Curang, Lari Dengan ‘Kekasih’ Selama 6 Bulan

ARTIKEL BERKAITAN:Plot Twist! Suami Dakwa Jadi Mangsa ‘Muay Thai’ Zahnita Wilson – “Bila Ada Yang Serang, Kita Perlu Defensif”

ARTIKEL BERKAITAN:Zahnita Wilson Akui Berdepan Halangan Bertemu Anak-Anak Termasuk Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing

ARTIKEL BERKAITAN:Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh

Sebelum ini, Abdul Zackery membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila Zahnita dikatakan bertindak ‘Muay Thai’ kan dirinya.

Selain itu, dia juga meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi Zahnita sebelum bersetuju menceraikan wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Mulakan Perniagaan Dengan Resepi Saya” – Ibu Mentua Terkilan, Dakwa Zahnita Wilson Sebar Fitnah

ARTIKEL BERKAITAN:Gagal Tahan Sebak, Zahnita Wilson Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Didera Suami – “Saya Rasa Macam Hamba”

ARTIKEL BERKAITAN:“Modeling Bukan Dunia Saya Lagi”- Zahnita Wilson Tolak Tawaran Bernilai RM150,000

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Dec 2025
Featured Fri, 6 Jan 2023

Tak Kisah Berpakaian Sederhana, Fynn Jamal Berniqab Demi Kejar Ganjaran Akhirat

Penyanyi Fynn Jamal yang sudah beristiqamah mendekatkan diri dengan hal keagamaan berpesan untuk tidak terlalu taksub dengan fesyen yang lagha. @ayana2262 #assalamualaikum_🙏 ♬ bunyi asal – 𝚈𝚊𝚗𝚊1202 Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh […]

Trending Wed, 17 Jun 2020
Hiburan Sat, 13 Jul 2024
Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

“JUST CUCI JE LEPAS TUE” – DAPHNE IKING PEGANG ANJING, PERSOAL ISU AGAMA

Caption yang agak sarkastik telah diberikan kepada peminat-peminat beliau yang besar kemungkinan akan mengecam dan mengkritik tindakan Daphne memegang anjing tersebut

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

BTS’s Twitter Account Achieves 13 Million Followers!

No other Koreans have ever achieved this feat.

Trending Wed, 16 Oct 2019

19 Kad Ucapan Hari Lahir Khas Buat Anak!

Untuk anak tercinta kerana Dah Tahu Nak ‘Pergi’,

Trending Mon, 15 Oct 2018

十万IG粉丝热议「人体器官甜点」你敢下咽吗?

新加坡设计师QIXUAN LIM擅长以人体的各种器官制作甜点,其中婴儿脸造型的食物,更是逼真到令大家难以下咽;唯她澄清「本来就不是提供大家食用的。」

error: Content is protected !!