Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 13, 2025 @ 9:59am

[VIDEO] “Beruntung Ayu Raudhah & Zaquan Adha Empat Orang Anak Syurga Dah Menanti Di Sana” – Rozita Che Wan Sentuh Hati Ramai

Selebriti dan usahawan, Rozita Che Wan menyentuh hati ramai selepas memuat naik video memaparkan momen-momen bersama anak buahnya, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha yang telah meninggal dunia pada Selasa.

Menerusi video tersebut, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta meluahkan perasaan sayu mengatakan adiknya, pelakon Ayu Raudhah dan suami, bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha beruntung kerana mempunyai empat cahaya mata sudah menanti di syurga.

“Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga dah menanti di sana.

“Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta turut menyifatkan anak bongsu kepada pasangan tersebut seorang bayi yang terlalu baik.

“Dalam gallery phone Mak Ngah (Che Ta), banyak sangat gambar baby Rees. Setiap weekend kalau Rees tak datang Kota Damansara, Mak Ngah yang akan ke Seremban.

“Semalam dapat juga kami tidur dengan baby Rees buat kali terakhir. Baby yang sangat baik. Terlalu baik dan luar biasa. Mummy dan Daddy sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini, pinjaman yang penuh kenikmatan,” katanya.

@rozitachewan1

Dlm galery fon mak ngah ni byk sgt gambar baby Raees . Setiap week end kalau Raees tk mai KD, mak ngah akan p Seremban .. Baby yg sgt baik , terlalu baik , luar biasa.. Mummy & Daddy sgt beruntung dikurniakan anak syurga ini ..pinjaman yg penuh kenikmatan #6bulan9hari Beruntung nya Ayu & Zaquan, 4 org anak2 syurga dh menanti disana .. Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba diatas dunia, namun membawa khabar gembira ria di alam akhirat , insyaAllah amin ya Allah 🤲🏻 .. Smlm, dpt jgk kami semua tidor dgn baby Raees utk kali terakhir 😢😢😢😢😢😢😢 . Selamat jalan anak syurga Damai lah mu disana sayangku 😢😢😢😢😢😢😢😢 Muhammad Aisy Al Raees b Mohammad Zaquan Adha

♬ Bila Waktu T’lah Berakhir – Opick

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat wajah comel Allahyarham Rees yang saling tidak tumpah seperti Ayu.

Sebelum ini, Zaquan berkongsi berita duka mengenai pemergian anak bongsunya menerima status di Instagram Story (IGs) pada malam, Rabu.

Rozita memaklumkan anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang selepas menerima panggilan keceman daripada Ayu mengatakan Aisy tidak menyedarkan diri.

Jenazah telah menjalani proses bedas siasat di Unit Jabatan Forensik Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk urusan pengebumian.

Pada pagi Rabu, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan.

Sekadar info, Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khalid, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam, kini berusia 2 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Mar 2018

Students Become Famous After English Video Project Goes Viral!

An English project suddenly became an international sensation.

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

“Saya Tak Nak Orang Ambil Tahu Soal Rumah Tangga Saya” – Zizi Kirana

Zizi Kirana enggan komen isu rumah tangga dengan Yusof Bahrin

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Mon, 7 May 2018

黎明姨安祥离世 享年90岁

90岁大马国宝级艺人拿督黎明,早前送入加护病房,日前才传出她精神良好及病情好转,然而却在周日(6日)早上11时许离世。

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Tue, 19 May 2026

Zizi Kirana Tegur Netizen Persoal Status Iddah – “Fokus Sumud Dik”

Zizi Kirana tampil menegur seorang individu yang mempersoalkan status iddah nya.

Featured Mon, 22 Jun 2026

“Terlebih Hebat Anak Ni, Bayangkan 10 Tahun Lagi..” – Abby Abadi Puji Bakat Luar Biasa Yang Dimiliki Anggrek

Abby Abadi tampil memberikan pujian terhebat persembahan mantap yang dilakukan anak kepada penyanyi popular, Adira Suhaimi iaitu Anggrek.

error: Content is protected !!