Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 22, 2026 @ 2:01pm

“Terlebih Hebat Anak Ni, Bayangkan 10 Tahun Lagi..” – Abby Abadi Puji Bakat Luar Biasa Yang Dimiliki Anggrek

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil memberikan pujian terhebat persembahan mantap yang dilakukan anak kepada penyanyi popular, Adira Suhaimi iaitu Anggrek.

Menyifatkan Anggrek memiliki bakat luar biasa berbanding kanak-kanak lain, Abby  berkata, kemenangan anak kecil itu tidak seharusnya dipertikai kerana dia sentiasa memberikan persembahan yang konsisten sepanjang pertandingan berlangsung.

Mengulas lanjut, ahli kumpulan Elite itu juga menegaskan, format pertandingan itu juga bukan hanya bergantung kepada kekuatan vokal semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira aspek persembahan, strategi dan daya tarikannya.

“Anggrek juara! Akur dengan penilaian juri sebab peserta tak dinilai dengan vokal semata-mata. Boleh tengok sendiri. Terlebih hebat anak ini.

“Memang kena akui bakatnya lebih dari anak-anak lain yang sebaya dengannya. Dibantu pula dengan rakan duet yang memang gempak Aisha Retno. Jadi kita raikan kehebatan mereka,” katanya.

 

View on Threads

 

Dalam hantaran sama, Abby turut memuji Adira yang disifatkannya sebagai seorang yang bijak menyusun strategi.

“Paling perform dan pandai sususn strategi dalam diam adalah Adira Suhaimi. Anggrek ni baru 9 tahun dah macam ni, kalau 5 hingga 10 tahun lagi nanti boleh terbang tinggi,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Oct 2024
Trending Tue, 2 Feb 2021

Risau Keselamatan Guru & Pelajar SPM, Achey Edar 10,000 Sanitizer

Pelawak Achey mengakui kagum dengan guru dan pelajar tingkatan lima yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi kerana semangat kental mereka biarpun berdepan dengan pandemik COVID-19. Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir […]

Trending Mon, 20 Jul 2020
Hiburan Tue, 2 Aug 2022

“Tunggu Kami Kahwin” – Azri Iskandar Sah Sudah Bertunang

Azri Iskandar mengesahkan sudah tunang dengan Dr Azra Diera.

Trending Fri, 26 Jun 2020
Featured Thu, 6 Nov 2025
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Masih Jalani Rawatan Fisioterapi, Hun Haqeem Tolak Tawaran Penggambaran Masa Panjang

Masih dalam rawatan pun bekerja lagi.. Get well soon Hun!

error: Content is protected !!