Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 6, 2025 @ 4:32pm

Nafiz Muaz Perjelas Perkongsian Pantun Hanya Kandungan Hiburan, Bukan Luahan Peribadi

Pelakon Nafiz Muaz menegaskan perkongsian pantun yang dimuat naik di media sosial miliknya bukanlah luahan hati peribadi, sebaliknya sekadar kandungan hiburan untuk menyampaikan mesej kepada khalayak.

Kata Nafiz, kandungan tersebut dibuat secara spontan dan bertujuan untuk menarik minat orang ramai, terutama golongan muda, agar menghargai keindahan bahasa Melayu.

“Tujuan saya cuma nak sampaikan mesej dan pantun itu saya buat hanya untuk kandungan video sahaja.

“Saya belajar Kesusasteraan Melayu, jadi saya tahu maksudnya,” katanya.

Tambahnya, ruangan komen pada video berkenaan turut dipenuhi dengan perkongsian pantun daripada netizen yang terinspirasi dengan usaha tersebut.

“Mula-mula saya buat pantun suka-suka, kemudian cuba letak lagu. Tak sangka ramai yang suka benda macam ini. Jadi saya teruskan sebab orang terhibur dan dalam masa sama saya dapat kongsi nilai pendidikan.

“Netizen pun ada juga berkongsi pantun mereka menerusi ruangan komen.

“Isteri saya pun ada tanya, saya buat pantun macam itu nanti orang salah faham. Tapi saya cakap, kalau tak betul, kenapa nak terasa? Ia cuma kandungan hiburan,” jelasnya.

Nafiz berkata demikian ketika ditemui ketika sesi fotografi untuk drama terbaharunya berjudul, Doa Yang Terlindung yang diadakan di Balai Berita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pelakon drama Teratak Kasih Salina itu menegaskan, dia tidak gemar mencampuradukkan urusan peribadi dengan hal kerja, termasuk soal rumah tangga.

Bahkan, tindakannya tidak berkongsi sebarang foto keluarga di sosial media adalah bagi mengelakkan penyakit ain.

“Saya rasa hal rumah tangga tak perlu ditonjolkan. Saya anggap ia perkara peribadi.

“Saya berlakon dan berkarya untuk beri manfaat kepada orang lain. Rumah tangga kami juga sama seperti pasangan lain.

“Saya cuba elak benda-benda tak elok. Gambar anak pun saya tak muat naik di media sosial.

“Saya masih seorang suami dan ayah. Anak perempuan saya kini berusia empat tahun dan tahun depan bakal mula bersekolah,” ujarnya.

Selain Nafiz, drama rantaian Doa Yang Terlindung yang akan disiarkan di slot Akasia itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti, Fasha Sandha, Firdaus Karim dan Sharifah Rose.

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Sendiri Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti” – Pantun 4 Kerat Nafiz Muaz Cetus Spekulasi?

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Isteri Hanya Suami Boleh Tengok, Bukan Umum” – Nafiz Muaz Ada Sebab ‘Sorok’ Kebahagiaan Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN:Nafi Bercerai, Rumah Tangga Nafiz Muaz Masih Bahagia – “Tak Kongsi Mengenai Isteri, Tak Bermakna Kami Ada Masalah”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Mahu Gadaikan Agama Kerana Kerjaya” – Nafiz Muaz Tolak Banyak Tawaran Drama Cinta, Elak Adegan Bersentuhan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Sep 2019
Kisah Viral Sun, 12 Jun 2022
Events Sat, 24 Nov 2018

Gambar Perkahwinan Agong dengan Miss Moscow Curi Tumpuan Ramai

Sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis berkenaan.

Hiburan Tue, 24 Dec 2024

CSOIAM: Kemunculan Semula KRU Mengimbau Nostalgia!

Meriah pentas Calpis Soda One In A Million dengan kehadiran KRU!

Hiburan Tue, 12 Nov 2019

Netizen OKU Cari Pasal Dengan Azhan Rani?

Gunalah media sosial untuk kebaikan dan bukan sebaliknya ok?

Featured Sun, 30 Jun 2024
Eat Travel Sun, 25 Nov 2018

Resipi Cream Puff Paling Senang Nak Buat. Yang Penting Sedap!

Anda pasti makan berbiji-biji cream puff ini. Sedap gila!

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

“Sudah Lama Mengidam, Akhirnya…” – Niena Baharun

Sejak berbadan dua, pelakon Niena Baharun ini teringin untuk menjamah ‘raja buah’. Akhirnya…..

error: Content is protected !!