Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 26, 2024 @ 8:00pm

[VIDEO] “Isteri Hanya Suami Boleh Tengok, Bukan Umum” – Nafiz Muaz Ada Sebab ‘Sorok’ Kebahagiaan Rumah Tangga

Pelakon, Nafiz Muaz sebelum ini menepis dakwaan mengatakan rumah tangganya bersama isteri, Diyana Omar telah bercerai.

Ketika ditemui XTRA, Nafiz menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri mengapa memilih untuk tidak berkongsi wajah isteri dan anak di media sosial, selain bimbang dengan bahaya penyakit ain dan hasad dengki.

“Ya, saya sangat bimbang dengan penyakit ain, orang dengki sebab tu sampai sekarang orang tak tahu anak saya rupa dia macam mana.

“Zaman sekarang ni orang nak buat jahat perlu gambar saja. Saya bekerja sebagai pelakon. Orang kenal siapa Nafiz Muaz itu cukup, tak perlu nak kenal siapa isteri dia,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Nafiz menegaskan tiada isu curang yang berlaku dalam rumah tangganya.

“Saya membesar dalam ‘broken family’, saya tak suka benda tu jadi pada anak saya. Tapi yang pasti, saya tak ada masalah curang sebab kita ada anak tak boleh buat perkara itu akan memberi kesan kepada mereka.

“Password phone saya isteri semua tahu. Saya tak ada masalah curang sebab kita ada anak, tak boleh buat benda macam tu akan bagi kesan pada anak,” ujarnya.

Meskipun begitu, Nafiz berkata dia berpegang kepada cara Nabi Muhammad SAW yang begitu mempertahankan maruah seorang isteri membuatkan dirinya enggan mendedahkan kebahagiaan bersama suri hatinya kepada khayalak umum.

“Saya faham sebagai wanita kadang kala nak kita ‘expose’ di media sosial. Isteri saya ada bertanya ‘kenapa awak tak post gambar saya?’. Saya cakap dekat dia ‘Nabi Muhammad fight untuk maruah perempuan mati matian, jadi kenapa pula saya perlu tunjuk isteri saya kepada umum’.

“Benda itu pada saya tak patut. Isteri kita kena simpan, kita saja yang kena tengok, orang lain tak boleh tengok. Sepatuntya lah. Isteri saya ada media sosial tapi dia pun dah mula tak muat naik foto, sebab saya fahamkan dia apa itu perempuan dan kenapa saya berbuat begitu,” tuturnya lagi.

Artikel Berkaitan: Nafi Bercerai, Rumah Tangga Nafiz Muaz Masih Bahagia – “Tak Kongsi Mengenai Isteri, Tak Bermakna Kami Ada Masalah”

Nafiz berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Nafiz bakal muncul dengan drama bersiri Langit Ke Tujuh bersama barisan pelakon lain seperti Zamarul Hisham, Nora Danish, Faezal Elai dan Farahdhiya.

Drama bersiri arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah itu membawa cerita mengenai kisah ajaran sesat dan ia bakal bersiaran di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Ramlah Ram Kurus Sebab Nak Kahwin?

Tanpa ambil pil tambahan, saya hanya kurangkan pengambilan karbohidrat. Saya juga baru mula makan nasi tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Featured Thu, 4 Aug 2022

Selepas Tayang Beli Kereta ‘H’, Afieq Shazwan Sering Terima DM Ajak Kahwin – “Aku Nak Masuk Minang Kau Ni”

Aduhai, ada ‘H’ je terus nak ajak kahwin eh? 😂 Kalau panggil materialistik kang marah pulak 🫣

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Sun, 27 Oct 2024

Rupanya Dah Berpisah 2 Julai Lalu.. Que Haidar, Linda Jasmine Bercerai Talak 1

Que Haidar bercerai talak satu dengan Linda Jasmine 2 Julai lalu.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Mon, 14 May 2018

Sheila Rusly Kecewa Dengan Syafiq Kyle?

“Saya tak boleh sewenang-wenangnya tukar pelakon sebab watak itu dipegang oleh Syafiq, kalau orang lain lakonkan dah tak jadi Dekatkan Jarak Kita…

error: Content is protected !!