Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 29, 2022 @ 6:13pm

“Melampaunya! Sang*p Sangat Dah Ke?” – Netizen Berang Lihat Sticker Unsur Lucah Di Belakang Kereta

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial Twitter mengenai sebuah gambar kereta proton saga lama yang tular kerana memaparkan banyak sticker berunsurkan gambar dan mesej lucah serta dipercayai mengaibkan golongan wanita.

Menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @FahimJefri, kereta tersebut dilihat menampal sticker berkenaan di bahagian cermin belakang kereta dan bonet.

Antara ayat-ayat yang dipaparkan adalah ‘Jauhi Dadah, Dekati Janda’ & ‘Jangan Sekali MARAH Suami DI RUMAH Kerana Di Luar Banyak JANDA yang Tersenyum Padanya’.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai yang turut mengecam tindakan pemilik kereta berkenaan kerana menampal sticker sedemikian.

Tinjauan di ruangan komen ciapan tersebut mendapati ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa berang mereka terhadap tindakan pemilik kereta berkenaan yang dianggap sangat melampau dan seolah tiada rasa malu.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa tindakan pemilik kereta berkenaan tidak wajar kerana menjadikan isu seksual wanita sebagai satu bahan gurauan. Malah, menurut mereka hal ini harus dipandang serius oleh seluruh pihak kerana ia seakan memperlekehkan maruah wanita.

Sementar itu, ada juga dalam kalangan netizen yang memohon untuk selamatkan kereta proton saga berkenaan kerana dianggap telah mencemarkan kereta nasional negara.

Paling memilukan, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa takut dan malu untuk menaiki kereta berkenaan tidak mengira jika mereka terdesak sekalipun, mereka tidak sanggup untuk menaiki kenderaan ‘lucah’ itu.

Ciapan tersebut sehingga kini telah mencecah sebanyak lebih 9,000 ulang ciap dan 18,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Aug 2018

Family Accidentally Leaves Sleeping Toddler Behind, Comes Back Hours Later

They didn’t even realise that their child was missing for HOURS!

Trending Sun, 11 Sep 2022
LIFESTYLE Wed, 24 Apr 2019

Experience Art & Cultures by Katja Loher During Your Stay at The House Collective

It’s a special type of experience indulging in art and fine hotels.

Hiburan Sun, 13 May 2018

Ucapan “Selamat Hari Ibu, Bakal Mertuaku” Banjiri Instagram Syed Saddiq!

“ Selamat Hari Ibu, Bakal Mertuaku,”. Amboi korang…Tak apalah, beliau pun masih bukang kan? Why not? Apapun, Good Luck, Ladies!

Featured Fri, 11 Nov 2022
Featured Tue, 26 Aug 2025

Badron Munirah Tak Selesa Disamakan Dengan Afgan

Kata Badron, dia sangat tidak disuka di compared kan dengan mana-mana artis.

error: Content is protected !!