Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 15, 2025 @ 6:58pm

[VIDEO] Majlis Bersiram Erissa Puteri Penuh Emosi, Momen Bersama Ibu Bapa Buat Ramai Sebak – “Lepas Ni Dah Bertukar Tanggungjawab”

Pelakon remaja, Erissa Puteri difahamkan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat bersama pilihan hatinya, Daniel Iskandar setelah mengikat tali pertunangan sejak awal Januari lalu.

Sebuah video tular di TikTok dimuat naik oleh jurugambar, budak.tadika, memaparkan momen Erissa sedang mengadakan majlis malam berinai dan majlis bersiram.

Dalam video tersebut, bapanya, Hashim Daud serta ibu, Norkusumowati kelihatan sebak dan tidak dapat menahan air mata ketika menyiramkam puterinya yang juga anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu.

Kedua-dua ibu bapanya memeluk dan mencium wajah anak perempuan mereka seolah-olah berat untuk melepaskan puteri tersayang kepada bakal suami yang akan menggalas tanggungjawab mereka menjaga Erissa sebaik mungkin.

“Perasaan kali terakhir siramkan anak. Waktu kecik, mak ayah mandikan. Lepas ni dah bertukar tanggungjawab. Anak perempuan jadi amanah suaminya,” tulisnya ringkas di dalam video tersebut.

Sementara itu, meninjau ke ruangan Instagram (IG) Erissa, gadis berusia 22 tahun ini turut berkongsi foto bersama ibu bapanya.

“Two person that I can never leave without. Mama, papa, I will always be your little princess, forever,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian di TikTok itu menerima respons daripada ramai pihak yang tersentuh hati melihat momen anak-beranak itu.

@budak.tadika

Bukan mudah kann? untuk melepaskan… Tak sangka, majlis macamni begitu emosi🥹😔 @erissa puteri hashim ❤️ #fyp #fypviralシ #xyzabc #erissaputeri #pengantin #parents #keluarga

♬ original sound – Budak Tadika – Budak Tadika

Kredit/Sumber video: Budak.tadika

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Sun, 23 Jun 2024
Hiburan Thu, 26 Mar 2026
Hiburan Mon, 1 Jul 2024
Events Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018 | 《青色围墙》夺最佳电视剧(中文)

恭喜《青色围墙》夺第22届Anugerah Skrin 2018「最佳电视剧(中文)」奖项!

Featured Mon, 30 Dec 2024
error: Content is protected !!